Jumaat, 9 Disember 2011

Kisah Lama- Maaf Kita Berbeza

First love.First crush.
Tipulah kalau korang cakap benda ni tak pernah berlaku langsung dalam hidup korang. Gua yang hati gagah perkasa, kental, tinggi jati diri pun merasai pengalaman cinta pertama. Apa yang ada pertama semua gua pernah rasa la dalam hidup gua ni. Pertama Complex, anak pertama, nombor pertama dalam kelas dan Restoran Taman Pertama yang gua selalu singgah. Bukti semuanya pertama.

Elok-elok gua dah  lupa dah minah ni.Tiba-tiba dia muncul pulak depan mata gua.

Ya. Kali ni dia datang menagih simpati daripada gua. Mengharapkan perhubungan yang terlerai sekian lama kembali terbina. Kembali utuh dan jitu seperti  hari-hari yang dulu. Hari bahagia kita bersama.

Tidak!! Gua takkan kembali kepadanya minah ni.
Macam mana cara pun, gua takkan kembali kepada minah ni.
Serius gua cakap! Gua dah kena fikir tentang masa depan. Sudah masanya untuk gua bina masjid. Bina keluarga bahagia. Beranak-pinak kaum kerabat gua nanti. Ini dah kalau minah tu macam ni  :~


















pic dia dalam wallet gua. lacoste slippers




Macam mana gua nak buat anak!!
"Maaf kita berbeza" jawapan terakhir.
Salah gua sebab bernama silpar jepon~

p/s : kalau sesapa ada cara tolong share dengan gua. please demi kebahagiaan kami.

Rabu, 9 November 2011

Pikturas

 nahh, gua pun ada gambar. bukan korang je ~


brotherhood


a simple tram tiket, yet nice


if world turns upside down


imma part time guitarist


glycolysis pathway*serabut medik

p/s : taken by me, using iphone's lomography apps.

Selasa, 1 November 2011

Kisah Yogurt

Pergi ke kedai Sabrina, seorang cashier yang cantik manis ada di situ. Dengan hanya bermodalkan dua cawan yogurt kurang lemak yang gua ingin lapah masa study nanti. Gua cuba berborak dengan cashier tersebut

Gua : hei, Alexandria is very beautiful. People here are very awesome too.
Cashier: daddy, there's someone here wanna to talk with you about Alex . Maybe one of your friends.

Gua positif, hubungan kami akan menjadi lebih pantas sekiranya mendapatnya restu daddy dia.

Cashier cantik, yogurt pun mesti sedap
p/s : heck! punya awet muda muka gua lu kata membe bapak lu. serampang dua mata betul

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jasa Majalah Tunas

Majalah Tunas,Majalah Rakan,Majalah Sahabat.
Tak kira apa nama majalah sekali pun, apa yang cuba gua nak bangkitkan kali ni ialah tentang majalah sekolah.Majalah yang gua dapat bila dah habis form 5 dulu.

Untuk sekolah gua,kami namakan majalah tersebut Majalah Restu.
Restu cikgu? Restu member? Restu majalah kepada diri gua sebagai bekas pelajar ke? .Gua pun tak pasti apa relevennya penggunaan restu di situ.

Tiga jasa majalah tersebut kepada diri gua yang dapat gua kenal pasti:

1.Nombor telefon,alamat rumah dan hobi akak-akak senior yang gua admire.Yang susah gile gua nak dapat.Kini segalanya hanya dihujung jari sahaja.*gelak jahat*

2.Gambar akak-akak senior yang gua admire terpampang jelas dalam majalah tersebut dapat gua potong dan tanpa di dinding rumah.Sebagai inducer kepada gua untuk terus mengejar cita-cita.*gelak cilake*

3.Gambar budak-budak yang suka buat perangai masa gua jadi taiko sekolah dulu.Yang selalu datang lambat,bilik macam sarang tebuan,panties spender boxer berterabur sakan gua conteng.Buat muka diorang jadi macam hell boy.*gelak haram*

p/s: jiwa gua yang sentimental,selalu buat gua rindu dengan alam persekolahan gua yang dulu*wadehel*
kalaulah majalah sekolah macam majalah Mangga

Rabu, 26 Oktober 2011

Dara

Sejak bila dara boleh diperdagangkan?
Gua mempersoalkan tentang Human's and Animal's Right sekarang.
Jangan kata gua tak mempraktikkan apa yang gua dah belajar pulak.


Segalanya bermula macam ni ~~

Ketika itu gua sedang masuk ke Restoran Mak Teh. Restoran yang tersohor kalau dekat area Kuala Lumpur ni.Sebut je masakan apa.Daripada nasi goreng biasa sampai le ke nasi dagang semuanya available dan sedap.Seorang pemuda masuk ke gerai dengan lagak bernafsu.Nafsu makan? Nafsu serakah? Gua pun tak pasti.

Mak Teh nasi ayam DARA satu!! ; pekik pemuda tadi.

Gua terkejut,terkesima, dan err.. sedikit berminat pun ada rasanya dengan tingkah pemuda itu.Gua terus keluar dari restoran Mak Teh membawa jiwa gua yang lara, kesan daripada peristiwa tadi.

Gua pasti ada sindiket-sindiket disebalik penjualan dara ayam ni.

Gua penegak keadilan untuk hewan-hewan sekelian. Gua lah Superhewann.


p/s: Ayam punya dara pulak, apesal tade orang nak order nasi ayam teruna. diskriminasi betull

hambekk kau


Isnin, 5 September 2011

Duit Raya

Perbualan gua dengan kazen gua di hari raya~


kazen : siapa nak duit raya.duit dalam poket tengah berkepuk-kepuk ni


gua yang kebetulan berada berdekatan denganya,segera berlari-lari anak untuk memecut anak-anak buah yang lain.Alhamdulillah gua lah orang pertama yang sampai :)


gua    : duit raya!!


kazen : eh,lu nanti kejap.duit raya special gua nak bagi tahun ni.


gua    : ok,saya tunggu baik-baik  *damn,macam mana gua boleh tersebut “saya”.sungguh kurang ajar


kazen : untuk kau,gua dah putuskan yang gua akan bagi duit raya secara interaktif,efisien dan lebih teratur.


gua    : macam mana tu? Cepatlah cakap.nak duit raya sangat ni.


kazen : sudah,pergi bersiap.lepas ni nak beraya rumah Eton pulak.


gua    : mana duit rayanya?


kazen : kejap lagi gua pergi tekan nuffnang kau sampai button keyboard tu hancur.


Kalau dah pagi raya 1 syawal 1432H ni gua tempek kepala lu dengan tempe baru tau.


p/s: tak percaya tanya kazen gua,nobitasensei

Rabu, 24 Ogos 2011

Apa Masalah

Sebulan lepas gua stop update blog sebab final exam.

Exam sudah sebulan lebih habis.

Buku Anatomy,physiology,pharmacology,Biochemistry etc sudah sebulan lebih stop cari pasal dengan gua.

Apa masalah gua malas nak update entri!!

Bingung.kosong.

Apa Masalah?


Gua dah ade dekat Malaysia.

Sebulan je gua boleh spend summer holiday dekat sini.

Persetankan masa yang ciput

Gua nak rasa cuti yang betulbetul
cuti.

Gembira.Bahagia

Apa Masalah?

- Selipar Jepon

Location:Jalan Bangsawan,Kuala Lumpur,Malaysia

Isnin, 27 Jun 2011

Penyesalan

Gua nak minta maaf,minta ampun dari hujung rambut gua hingga lah ke hujung kuku kaki kelinking.

Gua menyesal atas kelalaian gua selame ni.

Ya,memang gua ade terima messages daripada geng-geng gua.Diorang minta gua kembali menulis blog.Tapi malaun berhati keras macam gua mana boleh cair.Hati gua pejal,kukuh daripada pujuk rayu murahan mereka semua.

Hari-hari selepas itu gua lalui macam biasa,tanpa entri seperti yang mereka harapkan.Gua siap boleh buat peach cobbler untuk mengisi masa lengang gua tiap-tiap hari.ok,itu gua tipu.tiap-tiap hari gua singgah kedai karim lepas kuliah beli peach cobbler sebab bulan ni ade diskaun 10% untuk setiap belian yang ade kaitan dengan buah peach.

Semalam,gua terima satu message terakhir daripada secret admire gua.Dia rasa terkilan dengan sikap gua yang bagaikan kacang lupakan kulit terhadap blog Silpar Jepon ni.Korang bacelah statement die,mane tak runtun jiwa macho gua~

"Salam sayang pembuka bicara,saya terkilan dengan sikap silpar sebab sudah lame tak berblogging.Sebelum ni,saya ingat silpar adalah lelaki yang saya cari selama ini.Pecinta blog,penegak kebenaran bahawa silpar jepon terbaik dan macho mengupdate entri.Maaf,saya gagal mengawal perasaan saya.Jika silpar terus begini saya sudi pergi setelah meninggalkan jejak di chatbox.Saya pergi membawa hati yang lara."

 by anon

Gua terpana seketika,lebih-lebih lagi setelah gua dapat tahu bahawa pengirim message tersebut











-insyaallah lepas ni abang silpar takkan buat Nora sedih lagi tau

Jumaat, 22 April 2011

Gila Blog

Dikala gua mengetik papan muka henfon melalui aplikasi Blogpress di tempat yang bukanlah terlalu asing,tempat berjuang untuk para insan bagi membuang barangan membazir(waste product)


- Selipar Jepon menulis sambil meneran

Location:Bort Said,,Egypt

Sabtu, 16 April 2011

Sedikit piktura

naik rooftop jerit-jerit

skodeng pacik tuff

student saudi gosip-gosip*kate student malaysia hensem le tu

balik lambat cuci lecture room

awek 20 taun lagi

vandalisme rumah

seafood

Khamis, 14 April 2011

Iphone 4-apple story

Baru-baru ni iphone gua ada masalah.mungkin kerana kebebalan gua dalam menggunakan barangan lektrik lagi berteknologi sehingga menyebabkan dia merajuk untuk memberi khidmat bakti.

Iphone 4 gua tak boleh “on”. Baru beli kot.

Jadi petang itu gua bercadang untuk terjah apple store dekat Egypt ni.untuk mendapatkan hak gua sebagai pelanggan yang teraniayai.lepas kuliah,gua bergegas ke kawasan menunggu teksi di pintu hadapan universiti.

Setelah hampir 10 minit menunggu,berhenti sebuah teksi kuning hitam dipandu oleh seorang pak cik arab sekitar 30-an.Nama beliau Halim.

Gua:salam,ana awwiz aruh ila Apple Store fi Samooha.mumkin?

Gua:salam,saya mahu pergi ke Apple Store di Samooha.boleh?

Halim:aiwa,ta’al ya basyar.enta wassim.

Halim:ya,boleh.mari naik wahai pemuda.kamu hensem.

Sepanjang perjalanan kami banyak berborak tentang revolusi yang berlaku di Mesir baru-baru ni.Dan Halim berjanji dengan gua untuk turunkan gua di kawasan yang terdekat dengan destinasi gua.gua rasa terima kasih tak terhingga atas jasa halim kerana memudahkan kerja gua.

Setelah 15 minit perjalanan.halim berhenti dihadapan sebuah kedai pakaian dan aksesori wanita,Avon

Halim:ya basyar,apple store fi syari’ li ghai,ba’diin da Avon.

Halim:wahai pemuda,Apple Store di jalan satu lagi,selepas kedai Avon tu.

Gua:syukran ya a’mmu.da 5LE bass.

Gua:tenkiu pacik.ni 5 pound egpyt cukup.

Setelah halim beredar,gua bergerak ke arah belakang kedai Avon tersebut.

Langsung,tiada macbook,tiada iphone,tiada ipod tiada segalanya yang seangkatan dengan Apple syarikat Steve Jobs tersebut.

Apa yang ada..

Syarikah Tuffah Amen-Tuffah min biladi-

Syarikat Appel Amen-Apple dari negara ini (Egypt)



Hati gua luruh...


p/s:3 hari menyulam hati lara,merawat kesedihan kesan komunikasi serta interaksi yang hancur dengan Halim.



Isnin, 4 April 2011

"how a" ke "hawa"

"how a" man be a hawa




Hah,macam ni la gayenye.
makwe gua tengok pun jeles dengan dorang.santek-santek belake.ade nak jadi Mahsuri,ade nak promosi minangkabau segalenye ade kan


makwe ni lagi cun


p/s: geli armpit gua tengok dorang ni

Sabtu, 2 April 2011

Bulan pose,cuti

Bulan pose tahun lepas,seperti kebiasaannya setiap petang gua dan famili gua akan ke bazaar ramadhan berdekatan dengan kawasan perumahan gua.bagi gua.membeli sedikit juadah di bazaar ramadhan ni dapat membantu meringankan bebanan parent gua memandangkan keduanya berkerjaya bahkan pulang ke rumah hampir waktu berbuke.



Hari itu,selepas membeli kesemua juadah untuk berbuka,gua tergerak hati untuk melalui tangga untuk tingkat memakir kereta dan bukannya elevator seperti kebiasaannya.maklumlah tangga itu agak tersorok daripada pandangan orang ramai kerana tempatnya di hujung sudut bangunan ini.orang ramai pula lebih suka menggunakan elevator kerana mudah dan jimat tenaga.lebih-lebih lagi waktu bulan pose.



Tangga untuk tingkat pertama tiada orang langsung.begitu juga tangga untuk ke tingkat kedua.

Berlainan tangga yang ketiga....

Gua naik ke tingkat tiga dengan lelah.tiba-tiba gua terdengar suara makwe sedang berborak di penghujung tingkat tiga.gua terdiam.buat-buat selamba.kontrol macho hensem sambil menjinjit juadah yang gua beli tadi.


cantekkan??
Jelas gua nampak 2 orang makwe sedang berborak sakan sambil menyurgakan diri dengan karipap gerai pak long selamat dekat bazaar tadi.gua faham serta jelas,makwe-makwe cun begini memang “dating bulannye” bulan pose.leka berborak plus layan dengan kesedapan serta keseksian karipap itu,dorang tak sedar gua sedang tercatuk.secara tiba-tiba,dorang campak karipap itu ke lantai,gua terpana.sedih dengan kekejaman terhadap karipap.


Gua positif,makwe ni terkejut dengan kehadiran makhluk hensem sampai tercampak karipap tadi.

Makwe: assalamualaikum abang.

Gua: err..

Makwe: banyak beli makanan ye abang.

Gua: err,aah makanan banyak.kat rumah ramai orang nak makan buka nanti.

Air muke makwe tersebut berubah,

Makwe: maaf bang,kami tak pose.Kami...

Kata makwe tersebut secara tiba-tiba.tanpa menunggu ayat terakhir di lengkapkan.gua terus belah kearah kereta gua tanpa memandang makwe tersebut.

*jangan nak cerita lu datang bulan dengan selamba ayam depan gua.gua yang tade pengalaman pun malu nak sebut.dah la tak kenal langsung.

p/s:klo tak pose makan rilek-rilek suda,kesian dekat karipap tu.


malulah i..


Khamis, 31 Mac 2011

Babi-lah Pig

Entri tazkirah

Untuk entri kali ni,suke gua panjangkan fakta mengenai babi dalam blog gua sebagai pedoman buat malaun-malaun yang suke mencarut seperti gua.Fakta yang mungkin peminat,pengikut serta kipas-susah mati babi rase nak bunuh gua.Tak ketinggalan juge kepade malaun-malaun burger king USA.Serpihan kebencian juga diletakkan kepada kambing dan lembu serta yang halal bagi umat islam kerana tidak semalang nasib si babi.

Dalam agama islam,babi tidaklah haram di pegang,tapi haram dimakan.
Jelas sebabnya..







Lagi sifat babi yang homoseksual dalam SIFAT BABI*jangan segan nak klik



Babi tidak diminta menjadi medium pembiakan mereka cuma diciptakan Ilahi sebegini.Justeru,setiap sesuatu penciptaan Allah ada hikmahnya.


Ambil dari sudut positif,kita sebagai umat islam sepatutnya bersyukur kerana islam telah digariskan sesempurnanya oleh Allah.Kesedaran tentang pentingnya islam terhadap diri kita sepatutnya semakin bertambah.

akhir kata jangan suke mem'babi'kan orang.cubelah tukar sikit gaya dengan mem'belalang'kan orang tak pun mem'tapir'kan orang.kelainan itu unik.unik itu menarik.menarik itu pelik.pelik gile.

*plis jangan  suke mencarut lagi wahai Kutu

say,"boo" to bacon

p/s: Ada membe gua yang bukan islam tak penah makan babi.Orang islam walaupun diharamkan??

Isnin, 28 Mac 2011

48 jam sebelum fly

48 jam sebelum bertolak ke mesir dengan menaiki etihad airlines milik penuh kroni-kroni arab bersatu UAE.gua penuhi masa kecemasan gua dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

antara aktiviti-aktivi berfaedah yang dikenalpasti:

1.mendekorasi bilik tidur gua mengikut citerasa remaja-dewasa.dekorasi sebelumnya adalah daripada adik gua*budakbudak punye citerasa >set gundam dan model murah hot wheels bersepah atas meja gua

2.berkurung didalam bilik dan mogok lapar selama 2hari dengan harapan mendesak parent gua membelikan gua iphone 4 idaman hati.hari terakhir mogok menyaksikan kemenangan berade di pihak gua*syukur stok makanan dalam almari cukup untuk 2hari.

3.bersetuju untuk menemani 2 orang adik gua ke institut pergigian ukm untuk menukar warne braces di chow kit dengan harapan dapat mengorat makwe-makwe dentist disane.

4.melawat kedai universal traveller di times square due hari berturut-turut,berlagak konfiden nak beli snow cap,winter coat dan mafla dengan harapan makwe-makwe promoter jatuh hati dengan gua.

5.beli 2 seluar khakis di kedai Giordano complete dengan belt wane-wani.tunggu 2 jam hanya untuk oter 2 seluar*dapat voucher yang esoknye tamat. cilake sungguh

6.beli sup meletup idaman gua di kedai sup meletup kepunyaan abang letup dekat bandar permaisuri yang pernah rempit letup bersebelahan kawasan lombong letup*bukan gebang ni


khazanah nak diangkut


sedikit penjelasan:
# keropok kering cap kupu-kupu untuk mengisi perut dikala gua kekeringan duit untuk mengelakkan gua menjadi pencacai.
#jangan tertipu dengan kotak berajah laptop.dalamnya penuh dengan rempah-ratus.jika dihuraikan hanya menguatkan fakta bahawa gua seorang pedagang rempah-ratus dari india*rempah babas weyh
#backpack mountaineer 70L yang gua beli sebelum zaman kejatuhan empayar husni mubarak presiden dujane.


p/s: mule rindu dengan keluarge gua.


Jumaat, 25 Mac 2011

5 perkara rindu tentang winter di alex,mesir

1.kedai jus buah-buahan
kedai asir atau jus buah-buahan.ini paling gua tak boleh lupe terutamanya waktu winter,harge strawberry turun mendadak setiap kali habis kelas gua akan stop dekat kedai jus berdekatan rumah gua.rase macam tempat RnR dah.jus yang paling murah adalah tebu.dengan 0.50sen kita boleh dapat segelas besar.err..tebu jus ke?



2. waktu malam lebih lama

Habis kelas pukul 4 ptg dah kira senja.matahari pun hampir terbenam.waktu malam dapat buat macam-macam.2jam main game,2jam makan+relax,3jam study dan 6 jam tidur.seronok tapi penat.tiap-tiap malam winter keluar duduk tepi pantai memandangkan dekat sangat sebab nak ambil feel study.angin sejuk kena kat muka buat gua rasa fresh,bertenaga.cehh~padahal gua bukak buku je bukan bace pun,berangan lebih.

ni la pantainye

3.menjadi pelahap

Untuk menambah metabolisma badan bagi memanaskan badan di musim sejuk.badan memerlukan sumber makanan yang banyak.jadi ketika ini selera pun bertambah-tambah,hingga kebab sebesar pinggan pun boleh lahap sampai 2.berat badan akan naik waktu winter ni dan lemak akan bertambah untuk menambah kepanasan badan.dari 55kg boleh naik sampai 65 kg.itukan best.orang pompuan mesti tension bila berat diorang naik.berat gua naik 15 kg kot.



suap sikit habis la




4.nescafe

Kenape Nescafe? Ada je kat Malaysia ni Nescafe kan.ape yang berbeza cuma cara kita dapat minum Nescafe tu.dekat alex waktu winter macam ni memang seronok.minuman berunsurkan coffee dan teh menjadi popular ketika musim ni.pacik dan macik yang berhati mulia walaupun sebelum tak pernah gua tegur,tapi tetap mempelawa gua minum coffee dekat kawasan rumah dia.terharu gua dua malam.tapi gua tetap kata jus dekat mesir terbaik.


pacik tu,penjaga rumah aka pacik coffee




5.sale

Haha..tentang ni memang terbaik memandangkan duit Malaysia lagi tinggi daripada duit diorang winter sale memang tak menjadi masalah.ape lagi orang akan cari time winter kalau bukan jaket kulit,wind breaker dan sweater.mesir bumi yang jarang ditimpa hujan,tapi waktu winter,angin sepoi-sepoi jadi ribut badai,hujan cats and dogs jadi hujan tigers and foxs.jadi pemakaian yang betul diperlukan untuk menjaga tubuh badan kita.



jubah tade sale pulak,gua baru nak belanje macik coffee



Ini berdasarkan pengalaman gua,tempat lain pun same jugak kot.tapi gua tetap kate tempat gua terbaik.haha~
*dah masuk musim bunge pun,bunge ciput je kat sni

p/s: cuti summer ni gua nak melawat perancis nak kumpul duit dari sekarang



5 sebab Josh Double U Dush tade blog

1.takut rahsie bahawa beliau pernah buat “fuck” dekat kawan-kawan kantoi.

talk to the third finger


2.beliau segan dengan mimik muka sendiri sewaktu bagi ucapan di white house.

is it chubby enough?


3.beliau pernah tergigit lidah sewaktu rancangan bersama oprah winfrey menyebabkan lidahnya hampir putus.kesannya,beliau pelat sampai mati.

ouch!!ma tongue.


4.takut rahsie bahawa beliau ada dua jantina kantoi.memalukan negara dia sendiri.


dalam ganas ade lembut,dalam kejam ade pondan


5.beliau mengikut kehendak makwe tersayang yang benci dan anti-bloggers.



B,i love ya!!* but no blog plis




hah,hell!are u nuts?

p/s:gua tak berani letak name bush,masok database CIA nanti

**sori gua dah mengarut,packing banyak barang balik alexandria buat gua sengal.nanti gua tak buat lagi =)

Isnin, 21 Mac 2011

Perkara biasa zaman sekarang

Situasi 1

Isteri:abang,malam semalam sayang tengok jiran sebelah kita bawak laki masuk rumah.setahu sayang diorang belum nikah lagi.saya peliklah.

Suami:ish,sayang ni.itukan perkara biasa dah zaman sekarang ni.tak payah nak peliknye.lagipun itukan hal diorang.





Situasi 2

Isteri:abang,jiran sebelah kita mengandung tapi setahu sayang dia mana ada suami lagi.sayang tak pelik ke?

Suami:saayangg,pelik apenye.itukan perkara biasa dah zaman sekarang ni.tak payah nak peliknye.lagipun kelahiran bayi tu menambah generasi muda negara kita.





Situasi 3

Isteri:abang,jiran sebelah kita tu mintak kita carikan doktor untuk gugurkan bayi.patut ke kite?

pelik je mintak kita yang carikan.

Suami:saayangg,tak payah nak peliknye.itukan perkara biasa zaman sekarang.lagipun tolong –menolong itukan amalan mulia.





Situasi 4

Isteri:abang,sayang nak kawen dengan kekasih lama sayang.jadi sayang nak mintak cerai,bolehkan?

Suami:huh! Lebih 5 tahun kita kawin tiba-tiba sayang mintak cerai.kenapa sekarang,bukan dulu.

Isteri:ala abang ni,inikan perkara biasa zaman sekarang.lagipun kuota abang boleh jadi empat balik.



p/s: KD janda gile comolot*booo~


thumbs down

Ahad, 20 Mac 2011

Radioaktif-Radiasi

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan bencana alam yang berlaku di negara matahari terbit,jepun seperti tsunami dan gempa bumi.kesannya,loji nuklear yang ada di negara tersebut mengalami kebocoran yang serius.


Gua tak terkejut bila filght kazen gua ditunda untuk ke jepun bagi mengelakkan mereka terdedah kepada kebocoran nuklear disana kerana tahap kebocoran radiasinya masih dalam kajian oleh golongan cerdik pandai dan beberapa telahan mengatakan tahap radiasinya memudaratkan manusia.Mereka sedang cuba menangani masalah tersebut dengan baik.

Berikut merupakan beberapa kesan radiasi kepada manusia.



mutasi kesan radiasi tinggi

keguguran rambut masalah biasa bagi mereka yang terdedah

kematian bukan suatu yang mustahil




organ dalam badan sumenya menerima impak negatif kot

macam demam campak pun ade

ini tade kene mengene."Maki,sile jauhkan diri dari tokyo"






Seandainya,berlaku kebocoran besar-besaran pelbagai impak buruk kepada alam sekeliling khususnya kita sebagai makhluk yang lemah.nauzubillah..


p/s: gua sayang kazen gua.gua harap dia tak main kat area radiasi tinggi tu.