Isnin, 28 Mac 2011

48 jam sebelum fly

48 jam sebelum bertolak ke mesir dengan menaiki etihad airlines milik penuh kroni-kroni arab bersatu UAE.gua penuhi masa kecemasan gua dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

antara aktiviti-aktivi berfaedah yang dikenalpasti:

1.mendekorasi bilik tidur gua mengikut citerasa remaja-dewasa.dekorasi sebelumnya adalah daripada adik gua*budakbudak punye citerasa >set gundam dan model murah hot wheels bersepah atas meja gua

2.berkurung didalam bilik dan mogok lapar selama 2hari dengan harapan mendesak parent gua membelikan gua iphone 4 idaman hati.hari terakhir mogok menyaksikan kemenangan berade di pihak gua*syukur stok makanan dalam almari cukup untuk 2hari.

3.bersetuju untuk menemani 2 orang adik gua ke institut pergigian ukm untuk menukar warne braces di chow kit dengan harapan dapat mengorat makwe-makwe dentist disane.

4.melawat kedai universal traveller di times square due hari berturut-turut,berlagak konfiden nak beli snow cap,winter coat dan mafla dengan harapan makwe-makwe promoter jatuh hati dengan gua.

5.beli 2 seluar khakis di kedai Giordano complete dengan belt wane-wani.tunggu 2 jam hanya untuk oter 2 seluar*dapat voucher yang esoknye tamat. cilake sungguh

6.beli sup meletup idaman gua di kedai sup meletup kepunyaan abang letup dekat bandar permaisuri yang pernah rempit letup bersebelahan kawasan lombong letup*bukan gebang ni


khazanah nak diangkut


sedikit penjelasan:
# keropok kering cap kupu-kupu untuk mengisi perut dikala gua kekeringan duit untuk mengelakkan gua menjadi pencacai.
#jangan tertipu dengan kotak berajah laptop.dalamnya penuh dengan rempah-ratus.jika dihuraikan hanya menguatkan fakta bahawa gua seorang pedagang rempah-ratus dari india*rempah babas weyh
#backpack mountaineer 70L yang gua beli sebelum zaman kejatuhan empayar husni mubarak presiden dujane.


p/s: mule rindu dengan keluarge gua.


4 ulasan:

Novelgurl berkata...

Salam..hoho.berfaedah..hehe boleh la..wah bestnya g mesir ! belajar ke ?

PenuliS berkata...

nak ke oversea,mmg beg penuh dgn rempah ratus segala bagai.buat stok 3,4 bulan..mungkin lebih.

Tanpa Nama berkata...

sempat lagi ko masuk kan entri baru...hahaha...bapak tak ley bla

KatekateKite berkata...

no.5 taktahan nak gelak guling2! =D hahahaaa..... padan muke! ups! =p

rempah ratus? wow masak apa kat sana? balik sini tros leh jadik chef! =D