Jumaat, 9 Disember 2011

Kisah Lama- Maaf Kita Berbeza

First love.First crush.
Tipulah kalau korang cakap benda ni tak pernah berlaku langsung dalam hidup korang. Gua yang hati gagah perkasa, kental, tinggi jati diri pun merasai pengalaman cinta pertama. Apa yang ada pertama semua gua pernah rasa la dalam hidup gua ni. Pertama Complex, anak pertama, nombor pertama dalam kelas dan Restoran Taman Pertama yang gua selalu singgah. Bukti semuanya pertama.

Elok-elok gua dah  lupa dah minah ni.Tiba-tiba dia muncul pulak depan mata gua.

Ya. Kali ni dia datang menagih simpati daripada gua. Mengharapkan perhubungan yang terlerai sekian lama kembali terbina. Kembali utuh dan jitu seperti  hari-hari yang dulu. Hari bahagia kita bersama.

Tidak!! Gua takkan kembali kepadanya minah ni.
Macam mana cara pun, gua takkan kembali kepada minah ni.
Serius gua cakap! Gua dah kena fikir tentang masa depan. Sudah masanya untuk gua bina masjid. Bina keluarga bahagia. Beranak-pinak kaum kerabat gua nanti. Ini dah kalau minah tu macam ni  :~


















pic dia dalam wallet gua. lacoste slippers




Macam mana gua nak buat anak!!
"Maaf kita berbeza" jawapan terakhir.
Salah gua sebab bernama silpar jepon~

p/s : kalau sesapa ada cara tolong share dengan gua. please demi kebahagiaan kami.

Rabu, 9 November 2011

Pikturas

 nahh, gua pun ada gambar. bukan korang je ~


brotherhood


a simple tram tiket, yet nice


if world turns upside down


imma part time guitarist


glycolysis pathway*serabut medik

p/s : taken by me, using iphone's lomography apps.

Selasa, 1 November 2011

Kisah Yogurt

Pergi ke kedai Sabrina, seorang cashier yang cantik manis ada di situ. Dengan hanya bermodalkan dua cawan yogurt kurang lemak yang gua ingin lapah masa study nanti. Gua cuba berborak dengan cashier tersebut

Gua : hei, Alexandria is very beautiful. People here are very awesome too.
Cashier: daddy, there's someone here wanna to talk with you about Alex . Maybe one of your friends.

Gua positif, hubungan kami akan menjadi lebih pantas sekiranya mendapatnya restu daddy dia.

Cashier cantik, yogurt pun mesti sedap
p/s : heck! punya awet muda muka gua lu kata membe bapak lu. serampang dua mata betul

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jasa Majalah Tunas

Majalah Tunas,Majalah Rakan,Majalah Sahabat.
Tak kira apa nama majalah sekali pun, apa yang cuba gua nak bangkitkan kali ni ialah tentang majalah sekolah.Majalah yang gua dapat bila dah habis form 5 dulu.

Untuk sekolah gua,kami namakan majalah tersebut Majalah Restu.
Restu cikgu? Restu member? Restu majalah kepada diri gua sebagai bekas pelajar ke? .Gua pun tak pasti apa relevennya penggunaan restu di situ.

Tiga jasa majalah tersebut kepada diri gua yang dapat gua kenal pasti:

1.Nombor telefon,alamat rumah dan hobi akak-akak senior yang gua admire.Yang susah gile gua nak dapat.Kini segalanya hanya dihujung jari sahaja.*gelak jahat*

2.Gambar akak-akak senior yang gua admire terpampang jelas dalam majalah tersebut dapat gua potong dan tanpa di dinding rumah.Sebagai inducer kepada gua untuk terus mengejar cita-cita.*gelak cilake*

3.Gambar budak-budak yang suka buat perangai masa gua jadi taiko sekolah dulu.Yang selalu datang lambat,bilik macam sarang tebuan,panties spender boxer berterabur sakan gua conteng.Buat muka diorang jadi macam hell boy.*gelak haram*

p/s: jiwa gua yang sentimental,selalu buat gua rindu dengan alam persekolahan gua yang dulu*wadehel*
kalaulah majalah sekolah macam majalah Mangga

Rabu, 26 Oktober 2011

Dara

Sejak bila dara boleh diperdagangkan?
Gua mempersoalkan tentang Human's and Animal's Right sekarang.
Jangan kata gua tak mempraktikkan apa yang gua dah belajar pulak.


Segalanya bermula macam ni ~~

Ketika itu gua sedang masuk ke Restoran Mak Teh. Restoran yang tersohor kalau dekat area Kuala Lumpur ni.Sebut je masakan apa.Daripada nasi goreng biasa sampai le ke nasi dagang semuanya available dan sedap.Seorang pemuda masuk ke gerai dengan lagak bernafsu.Nafsu makan? Nafsu serakah? Gua pun tak pasti.

Mak Teh nasi ayam DARA satu!! ; pekik pemuda tadi.

Gua terkejut,terkesima, dan err.. sedikit berminat pun ada rasanya dengan tingkah pemuda itu.Gua terus keluar dari restoran Mak Teh membawa jiwa gua yang lara, kesan daripada peristiwa tadi.

Gua pasti ada sindiket-sindiket disebalik penjualan dara ayam ni.

Gua penegak keadilan untuk hewan-hewan sekelian. Gua lah Superhewann.


p/s: Ayam punya dara pulak, apesal tade orang nak order nasi ayam teruna. diskriminasi betull

hambekk kau


Isnin, 5 September 2011

Duit Raya

Perbualan gua dengan kazen gua di hari raya~


kazen : siapa nak duit raya.duit dalam poket tengah berkepuk-kepuk ni


gua yang kebetulan berada berdekatan denganya,segera berlari-lari anak untuk memecut anak-anak buah yang lain.Alhamdulillah gua lah orang pertama yang sampai :)


gua    : duit raya!!


kazen : eh,lu nanti kejap.duit raya special gua nak bagi tahun ni.


gua    : ok,saya tunggu baik-baik  *damn,macam mana gua boleh tersebut “saya”.sungguh kurang ajar


kazen : untuk kau,gua dah putuskan yang gua akan bagi duit raya secara interaktif,efisien dan lebih teratur.


gua    : macam mana tu? Cepatlah cakap.nak duit raya sangat ni.


kazen : sudah,pergi bersiap.lepas ni nak beraya rumah Eton pulak.


gua    : mana duit rayanya?


kazen : kejap lagi gua pergi tekan nuffnang kau sampai button keyboard tu hancur.


Kalau dah pagi raya 1 syawal 1432H ni gua tempek kepala lu dengan tempe baru tau.


p/s: tak percaya tanya kazen gua,nobitasensei

Rabu, 24 Ogos 2011

Apa Masalah

Sebulan lepas gua stop update blog sebab final exam.

Exam sudah sebulan lebih habis.

Buku Anatomy,physiology,pharmacology,Biochemistry etc sudah sebulan lebih stop cari pasal dengan gua.

Apa masalah gua malas nak update entri!!

Bingung.kosong.

Apa Masalah?


Gua dah ade dekat Malaysia.

Sebulan je gua boleh spend summer holiday dekat sini.

Persetankan masa yang ciput

Gua nak rasa cuti yang betulbetul
cuti.

Gembira.Bahagia

Apa Masalah?

- Selipar Jepon

Location:Jalan Bangsawan,Kuala Lumpur,Malaysia