Rabu, 8 Disember 2010

Gua Nak Relax

Gua dan relax


Gua terpaksa relax kejap lepas ni sebab exam gua makin dekat.
Professor-professor dekat universiti gua,yakni mereka yang setaraf dengan alobert leistein,stephen w.hawking dan tak ketinggalan juga professor razak moyeidden mula nak cari pasal dengan student-student.
Exam module 3/mid sem,assignment,module 1-3 dan banyak lagi.Ini semua sebagai satu method yang digunakan oleh professor-professor tempat gua bila dorang mengamuk.

Waktu winter break baru gua akan rasa heaven balik.
Bulan januari nanti
Nak b'blogging pun baru gua rasa aman.Bukan macam sekarang gua terpaksa cari port bawah singki jamban rumah gua untuk update entri.Menyedihkan~

Doakan otak gua dapat laju sikit,membe gua makin poyo memecut gua waktu professor tanye soalan.
natijahnya,gua kena berdiri atas bangku sampai habis lecture.
Terima kasih

p/s:seriously gua patah hati dengan sorang membe gua

Berbogel Itu Salah

Jangan tiru aksi berbogel yang dibuat oleh malaun ini.

Sebelom malaun berbogel

Jangan nak bogel sangat,shape lu kurang menarik la

Makhluk berbogel didepan gua tadi lesap sekelip mata.
Esoknya gua jumpa beberapa bahagian badannya dalam mangkuk tandas rumah gua.
Itulah kesannya kalau berbogel dikhalayak ramai,gua dah flush lu dalam tandas.

p/s:sekampit terima kasih gua kirimkan dekat membe gua yang belanja shawarma gedabak ni 

Selasa, 7 Disember 2010

Membe Bladi Hell Versi Biar Gambar Yang Bercakap

Modus operandi membe kita bila nak membunuh~

















Diangkut oleh gua dari:Majalah Avicenna,P.Perubatan Iskandariah(PCI)

p/s:gua rasa gembira kalau dapat mini cooper.Ada sape2 yang ade?

Gua Rasa Nak Bagi Ceramah Dan Penendang

Gua rasa nak bagi ceramah~

Tahun baru islam baru saja masuk.Orang ramai berpusu-pusu perbaharui niat.Mereka yang dahulunya perangai macam lahanat,nak berubah kepada kurang lahanat,yang memang perangai kurang lahanat nak berubah kepada yang takde langsung perkataan lahanat.
Tapi gua pelik,bila seorang membe gua terbalik.Masuk-masuk tahun baru ni,perangai dia yang dulu gua boleh kategorikan haram untuk perkataan lahanat,semakin mendesak gua untuk letak lahanat.Apa kejadahnya semua ni.Orang ramai berlumba-lumba untuk keluar daripada kepompong "lahanat",lu merayu-rayu nak dapatkan pangkat lahanat pulak.
Gua rasa takde selera nak letak lahanat lagi sebelum ni,tapi bila peristiwa kejut suboh tadi:

Gua:Bangun suboh sayang,tahun baru dah masuk jom berubah sama-sama.Bangun la suboh sayang!
Membe lahanat:Apa lagi sial.Jangan kacau aku tido.Aku balik lambat semalam.Dah la kejut macam bab!.


Sedangkan Rasulullah mendoakan kita untuk mendapat keberkatan awal pagi dan ada hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah:"Rasulullah SAW berkata: 'Agama itu mudah, dan sesiapa yang memberatkankan dirinya dalam beragama tak akan dapat meneruskannya dengan cara sebegitu. Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yang mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalian akan diberi ganjaran; dan dapatkan kekuatan dengan beribadah pada waktu PAGI dan malam."
(Bukhari)
Untuk Link:http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=47&thread_id=436

Gua takde la belajar agama sampai selamat masuk neraka,tapi sekurangnya gua tahu perangai macam lahanat nanti masuk neraka.

"Lu enjoy keluar malam,balik pukul 1-2 pagi,kemudian memekak dalam rumah gua,ganggu gua nak mimpi tak macam lahanat"

Gua rasa nak bagi penendang~

p/s:gua tak marah,tapi gua makin sayang dekat lu la brotha.

Isnin, 6 Disember 2010

Manusia Punya Cara

Gua Persembahkan
Manusia Punya Cara

Saat awal pernikahan:
Suami:Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Isteri:Apakah kau rela kalau aku pergi?
Suami:Tentulah tidak!Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Isteri:Apakah kau mencintai aku?
Suami:Tentu!Selamanya akan tetap begitu!
Isteri: Apakah kau pernah berlaku curang?
Suami:Tidak!Aku tidak akan pernah melakukan perkara seburuk itu!
Isteri:Mahukah kau mencium dahiku?
Suami:Ya!
Isteri:Sayangku....!

Sesudah 5 tahun berkawin...
Bace dari bawah ke atas~ 



Bende alah ni pun makin tak paham dengan manusia

p/s:naseb baek gua selipar jepon 

Sabtu, 4 Disember 2010

Matruh Itu Nama Tempat

Waktu cuti raya haji dulu gua tak dapat pergi tempat bernama Matruh ni atas beberapa sebab musabab yang gua rasa masuk akal.Tapi ada membe gua yang dah buat tapak dulu dekat tempat ni.Jadi gua mintak jasa baik beliau untuk gua masukkan gambar yang beliau snap dekat sana.Semua gambar ni beliau yang snap,kalau gua snap lagi haru kot.
Se"bundle" terima kasih buat Aini. 
Cicit Tsunami datang
Mungkinkah Firaun dujane tido situ
 Ada pulak anasir-anasir luar dalam gambar ni
Letih gua nak masukkan caption
Gua nak bina negara kat atas sane
Gua berazam nak buat kuak lentang sampai tengah
Gua fikir berkali-kali  kalo nak tangkap gambar dekat curam ni
Cicit Tsunami tak abes-abes nak masuk dalam gambar
Gua ingat boleh nampak sepanyol
Membe gua nak tangkap ikan area sini-Kejadah ape,batu saje-

Gua masukkan sikit info pasal tempat ni~
Nama:Mersa Matruh,Mesir
Lokasi:240km barat Alexandria(tempat gua)
Nama tempat ni waktu zaman kita tak wujud:Amunia,Paraitoinion dan Paraetonium
Sejarah:Hanya kampung nelayan waktu zaman mesir purba dan Alexander.Zaman Rome,jadi pelabuhan entrepot sebelum hancur sebab British durjane menyerang.

Gua tergoda hanya dengan gambar~


p/s:gua takde duit nak pergi Sepanyol,setakat sini boleh la.Tolong click iklan gua,boleh sapot pergi sepanyol. 

Ini Wasiat Gua

Gua ingat lepas ni bila follower gua capai 50 orang,gua nak masukkan satu entri bertajuk
"Gua Pun Nak Bagi Khutbah" pulak.Entri untuk kita ingat-mengingati macam tazkirah pendek.Sebab daripada gua merapu-meraban tak tentu pasal dalam blog gua baik gua buat amal jariah sikit.Tapi gua tak minat pulak nak tulis skema-skema tahap pak imam masjid jamek.Jadi gua ingat nak bawak entri tu biasa-biasa.Gua memang tak masok kalo skema tahap imam yang gua cakap tu.Gua sakit hati.Ada kisah silam dengan pak imam yang gua cakap tu yang sampai sekarang menganggu hidup gua.Bukan pak imam sekarang,zaman gua kecik-kecik dulu,zaman gua rasa stailo bila hingus meleleh.
Gamba perhiasan

Tapi ikut suka hati gua bila gua nak masukkan entri tu.
Bila-bila gua suka. 

p/s:niat baik gua lu orang kena bagi sapot sikit.

Jumaat, 3 Disember 2010

Maaf Gua dan Keluarga Adalah Penagih

Dulu,gua seorang mat motor yang tegar.Gua memang langsung tak lekat dekat rumah.Setiap hari gua akan keluar rumah,daripada pagi sampai ke petang,Masa gua,gua luangkan berlumba motor dengan membe-membe gua yang lain atau melepak di tempat-tempat yang memang macam harem bagi seorang islam.Gua teguk macam-macam jenis air,darah warna kuning sampai ke warne hitam.

Maaf gua cakap,gua seorang penagih tegar.Semakin banyak gua berlumba,semakin jauh semakin banyak gua ambil.Gua pernah cuba,cuba untuk menjadi seperti mereka normal di pandagan mata gua.Tapi hidup gua makin sengsara,gua lumpuh buat seketika.Tidak bermaya tersadai dipenjuru rumah gua,tanpa dipedulikan oleh mereka yang sepatutnya mengambil berat tentang gua.Ketika itu baru gua sedar bahawa hanya mengambilnya dapat membahagiakan hidup gua.Bebas serta bertenaga untuk bergerak ke mana sahaja,tanpa halangan kecuali sempadan yang membataskan gua untuk bergerak.

Maaf gua cakap,seluruh keluarga gua adalah penagih.Tetapi gua bersyukur,syukur yang teramat kerana gua tidaklah seperti mereka yang lain.Gua bebas HIV dan Aids serta penyakit-penyakit yang memang sinonim dengan penagih tegar seperti gua.Arwah bapa gua selalu cakap dekat gua~
"Sabar Cup,seorang penagih yang ingin bertaubat harus berusaha mencari jalan untuk bertaubat walau ianya perlu kepada pengorbanan dirinya"
Maaf Gua Seorang Penagih
Gua terkedu~Fitrah kehidupan gua

Gua memang ditakdirkan untuk menagih petrol setiap kali ingin kembali bertenaga.

p/s:petrol makin mahal,penagih makin banyak.tak lama lagi sume penagih ni tersadai kt garaj rumah.

Janganlah Hingusan Sangat

Semalam gua jumpa seorang membe lama gua.Dia ni ada satu jenis perangai yang memang tak boleh terima dek akal gua.Tapi kalau akal orang lain gua tak tahu pulak kalau diterima.Apa yang gua nak cerita,membe gua ni seorang yang terlalu merendah diri.

"Aku ni budak hingusan je"-kejadah bahasa yang selalu dia ulang-ulang bila orang lain puji dia.


Ni flow zaman gua kawan dengan dia:
  • Sekolah rendah-5A upsr"Aku hingusan je,tak pandai macam korang"
  • Sekolah menengah rendah-8A pmr"Aku rasa cam budak hingusan dapat result macam ni"
  • Sekolah menengah atas-8A spm"Apsal result aku macam hingusan je ni"

Wasiat gua untuk membe jenis ni:
"Brader,jangan nak jadi hingusan sangat.Gua menyampah bila,lu sebut pasal hingus-hingus.Setiap tahun tukar la bahase merendah diri lu.Gua tak kisah lu nak merendah diri sestailo mane,tapi plis jangan hingusan"


Takkan lu nak jadi macam ni~ 
Tengok ni hingusan!!.


p/s:Bersyukur la dengan apa yang lu dapat,tak payah nak demand sangat.
     "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu.Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)"

Khamis, 2 Disember 2010

Nota Buatan Gua Yang Lemau

Hari ni gua nak ketengahkan cara smart belajar.Cara buat nota yang kompak dan di tambah dengan elemen-elemen menarik bagi menghilangkan kebosanan serta memudahkan malaun-malaun yang belajar jenis last minute macam gua.
nota kejadah ape

nota kemuncak waktu prof mule mencarut,bintang-bintang tu paling hensem

Gua tambah lidi-lidi,bagi attractive:p

Nota yang sebegini mungkin akan membawa ke lembah yang cilake.
Boleh ditengok tapi jangan dibuat.
Gua sampai kena migrain fikir macam mane nak bagi nota gua sestailo rambut Dr Rozmey .
Sesape yang tahu cara buat nota terbaik? 

p/s:gua punye nota,gua punye suke nk buat macam mane.

Rabu, 1 Disember 2010

Wanita Bertasbih

Hari ni gua agak lambat ke kelas sebab terpaksa meluangkan masa yang agak lama bersama anak tuan rumah yang memerlukan khidmat translator english-arab.Lepas selesai semuanya,gua terus bergerak ke kampus tempat gua belajar.

Dalam perjalanan,ada seorang mamat arab datang jumpa gua dan minta 10 pound egypt sebagai bayaran untuk lalu dikawasan dia.Gua terpinga-pinga.Gua cakap mamat arab tadi,adakah jalan tempat gua nak lalu ni ayah dia yang punya?

Tiba-tiba,macam keldai kena sampuk shaiton nirrajim,dia terjerit-terjerit dekat gua.Entah apa yang dia cakap gua pun tak paham.Gua cuma angguk kepala kemudian dengan gaya cat walk terbaik yang pernah gua buat,gua berundur.

Sekilas gua tengok jam power rangers yang ayah gua beli dekat pasar malam rumah gua,kuliah dah mula 15 minit.Gua terus bergerak ke kelas section 14 untuk practical sebab gua rasa kalau gua masuk dewan kuliah waktu ni,sah-sah kena halau.

Baru gua nak melangkah,tiba-tiba gua ternampak seorang wanita yang memakai purdah dan memegang tasbih berjalan dari belakang gua.
Apekah?


Gua terkesima buat seketika~


p/s:nasib baik pakai purdah,kentut sikit lagi nak sama dengan bunyi meriam kat kampung gua.



Yang Terkesima Bukan Sebab Terkentut,