Maaf gua cakap,gua seorang penagih tegar.Semakin banyak gua berlumba,semakin jauh semakin banyak gua ambil.Gua pernah cuba,cuba untuk menjadi seperti mereka normal di pandagan mata gua.Tapi hidup gua makin sengsara,gua lumpuh buat seketika.Tidak bermaya tersadai dipenjuru rumah gua,tanpa dipedulikan oleh mereka yang sepatutnya mengambil berat tentang gua.Ketika itu baru gua sedar bahawa hanya mengambilnya dapat membahagiakan hidup gua.Bebas serta bertenaga untuk bergerak ke mana sahaja,tanpa halangan kecuali sempadan yang membataskan gua untuk bergerak.
Maaf gua cakap,seluruh keluarga gua adalah penagih.Tetapi gua bersyukur,syukur yang teramat kerana gua tidaklah seperti mereka yang lain.Gua bebas HIV dan Aids serta penyakit-penyakit yang memang sinonim dengan penagih tegar seperti gua.Arwah bapa gua selalu cakap dekat gua~
"Sabar Cup,seorang penagih yang ingin bertaubat harus berusaha mencari jalan untuk bertaubat walau ianya perlu kepada pengorbanan dirinya"
![]() | |
Maaf Gua Seorang Penagih |
Gua memang ditakdirkan untuk menagih petrol setiap kali ingin kembali bertenaga.
p/s:petrol makin mahal,penagih makin banyak.tak lama lagi sume penagih ni tersadai kt garaj rumah.
2 ulasan:
dr tersadai kt umah..
sedekah la kt kite satu..
hehe..
xboleh sayang moto:D))
Catat Ulasan