Rabu, 1 Disember 2010

Wanita Bertasbih

Hari ni gua agak lambat ke kelas sebab terpaksa meluangkan masa yang agak lama bersama anak tuan rumah yang memerlukan khidmat translator english-arab.Lepas selesai semuanya,gua terus bergerak ke kampus tempat gua belajar.

Dalam perjalanan,ada seorang mamat arab datang jumpa gua dan minta 10 pound egypt sebagai bayaran untuk lalu dikawasan dia.Gua terpinga-pinga.Gua cakap mamat arab tadi,adakah jalan tempat gua nak lalu ni ayah dia yang punya?

Tiba-tiba,macam keldai kena sampuk shaiton nirrajim,dia terjerit-terjerit dekat gua.Entah apa yang dia cakap gua pun tak paham.Gua cuma angguk kepala kemudian dengan gaya cat walk terbaik yang pernah gua buat,gua berundur.

Sekilas gua tengok jam power rangers yang ayah gua beli dekat pasar malam rumah gua,kuliah dah mula 15 minit.Gua terus bergerak ke kelas section 14 untuk practical sebab gua rasa kalau gua masuk dewan kuliah waktu ni,sah-sah kena halau.

Baru gua nak melangkah,tiba-tiba gua ternampak seorang wanita yang memakai purdah dan memegang tasbih berjalan dari belakang gua.
Apekah?


Gua terkesima buat seketika~


p/s:nasib baik pakai purdah,kentut sikit lagi nak sama dengan bunyi meriam kat kampung gua.



Yang Terkesima Bukan Sebab Terkentut,



Tiada ulasan: