Jumaat, 22 April 2011

Gila Blog

Dikala gua mengetik papan muka henfon melalui aplikasi Blogpress di tempat yang bukanlah terlalu asing,tempat berjuang untuk para insan bagi membuang barangan membazir(waste product)


- Selipar Jepon menulis sambil meneran

Location:Bort Said,,Egypt

Sabtu, 16 April 2011

Sedikit piktura

naik rooftop jerit-jerit

skodeng pacik tuff

student saudi gosip-gosip*kate student malaysia hensem le tu

balik lambat cuci lecture room

awek 20 taun lagi

vandalisme rumah

seafood

Khamis, 14 April 2011

Iphone 4-apple story

Baru-baru ni iphone gua ada masalah.mungkin kerana kebebalan gua dalam menggunakan barangan lektrik lagi berteknologi sehingga menyebabkan dia merajuk untuk memberi khidmat bakti.

Iphone 4 gua tak boleh “on”. Baru beli kot.

Jadi petang itu gua bercadang untuk terjah apple store dekat Egypt ni.untuk mendapatkan hak gua sebagai pelanggan yang teraniayai.lepas kuliah,gua bergegas ke kawasan menunggu teksi di pintu hadapan universiti.

Setelah hampir 10 minit menunggu,berhenti sebuah teksi kuning hitam dipandu oleh seorang pak cik arab sekitar 30-an.Nama beliau Halim.

Gua:salam,ana awwiz aruh ila Apple Store fi Samooha.mumkin?

Gua:salam,saya mahu pergi ke Apple Store di Samooha.boleh?

Halim:aiwa,ta’al ya basyar.enta wassim.

Halim:ya,boleh.mari naik wahai pemuda.kamu hensem.

Sepanjang perjalanan kami banyak berborak tentang revolusi yang berlaku di Mesir baru-baru ni.Dan Halim berjanji dengan gua untuk turunkan gua di kawasan yang terdekat dengan destinasi gua.gua rasa terima kasih tak terhingga atas jasa halim kerana memudahkan kerja gua.

Setelah 15 minit perjalanan.halim berhenti dihadapan sebuah kedai pakaian dan aksesori wanita,Avon

Halim:ya basyar,apple store fi syari’ li ghai,ba’diin da Avon.

Halim:wahai pemuda,Apple Store di jalan satu lagi,selepas kedai Avon tu.

Gua:syukran ya a’mmu.da 5LE bass.

Gua:tenkiu pacik.ni 5 pound egpyt cukup.

Setelah halim beredar,gua bergerak ke arah belakang kedai Avon tersebut.

Langsung,tiada macbook,tiada iphone,tiada ipod tiada segalanya yang seangkatan dengan Apple syarikat Steve Jobs tersebut.

Apa yang ada..

Syarikah Tuffah Amen-Tuffah min biladi-

Syarikat Appel Amen-Apple dari negara ini (Egypt)



Hati gua luruh...


p/s:3 hari menyulam hati lara,merawat kesedihan kesan komunikasi serta interaksi yang hancur dengan Halim.



Isnin, 4 April 2011

"how a" ke "hawa"

"how a" man be a hawa




Hah,macam ni la gayenye.
makwe gua tengok pun jeles dengan dorang.santek-santek belake.ade nak jadi Mahsuri,ade nak promosi minangkabau segalenye ade kan


makwe ni lagi cun


p/s: geli armpit gua tengok dorang ni

Sabtu, 2 April 2011

Bulan pose,cuti

Bulan pose tahun lepas,seperti kebiasaannya setiap petang gua dan famili gua akan ke bazaar ramadhan berdekatan dengan kawasan perumahan gua.bagi gua.membeli sedikit juadah di bazaar ramadhan ni dapat membantu meringankan bebanan parent gua memandangkan keduanya berkerjaya bahkan pulang ke rumah hampir waktu berbuke.



Hari itu,selepas membeli kesemua juadah untuk berbuka,gua tergerak hati untuk melalui tangga untuk tingkat memakir kereta dan bukannya elevator seperti kebiasaannya.maklumlah tangga itu agak tersorok daripada pandangan orang ramai kerana tempatnya di hujung sudut bangunan ini.orang ramai pula lebih suka menggunakan elevator kerana mudah dan jimat tenaga.lebih-lebih lagi waktu bulan pose.



Tangga untuk tingkat pertama tiada orang langsung.begitu juga tangga untuk ke tingkat kedua.

Berlainan tangga yang ketiga....

Gua naik ke tingkat tiga dengan lelah.tiba-tiba gua terdengar suara makwe sedang berborak di penghujung tingkat tiga.gua terdiam.buat-buat selamba.kontrol macho hensem sambil menjinjit juadah yang gua beli tadi.


cantekkan??
Jelas gua nampak 2 orang makwe sedang berborak sakan sambil menyurgakan diri dengan karipap gerai pak long selamat dekat bazaar tadi.gua faham serta jelas,makwe-makwe cun begini memang “dating bulannye” bulan pose.leka berborak plus layan dengan kesedapan serta keseksian karipap itu,dorang tak sedar gua sedang tercatuk.secara tiba-tiba,dorang campak karipap itu ke lantai,gua terpana.sedih dengan kekejaman terhadap karipap.


Gua positif,makwe ni terkejut dengan kehadiran makhluk hensem sampai tercampak karipap tadi.

Makwe: assalamualaikum abang.

Gua: err..

Makwe: banyak beli makanan ye abang.

Gua: err,aah makanan banyak.kat rumah ramai orang nak makan buka nanti.

Air muke makwe tersebut berubah,

Makwe: maaf bang,kami tak pose.Kami...

Kata makwe tersebut secara tiba-tiba.tanpa menunggu ayat terakhir di lengkapkan.gua terus belah kearah kereta gua tanpa memandang makwe tersebut.

*jangan nak cerita lu datang bulan dengan selamba ayam depan gua.gua yang tade pengalaman pun malu nak sebut.dah la tak kenal langsung.

p/s:klo tak pose makan rilek-rilek suda,kesian dekat karipap tu.


malulah i..