Jumaat, 25 Mac 2011

5 perkara rindu tentang winter di alex,mesir

1.kedai jus buah-buahan
kedai asir atau jus buah-buahan.ini paling gua tak boleh lupe terutamanya waktu winter,harge strawberry turun mendadak setiap kali habis kelas gua akan stop dekat kedai jus berdekatan rumah gua.rase macam tempat RnR dah.jus yang paling murah adalah tebu.dengan 0.50sen kita boleh dapat segelas besar.err..tebu jus ke?



2. waktu malam lebih lama

Habis kelas pukul 4 ptg dah kira senja.matahari pun hampir terbenam.waktu malam dapat buat macam-macam.2jam main game,2jam makan+relax,3jam study dan 6 jam tidur.seronok tapi penat.tiap-tiap malam winter keluar duduk tepi pantai memandangkan dekat sangat sebab nak ambil feel study.angin sejuk kena kat muka buat gua rasa fresh,bertenaga.cehh~padahal gua bukak buku je bukan bace pun,berangan lebih.

ni la pantainye

3.menjadi pelahap

Untuk menambah metabolisma badan bagi memanaskan badan di musim sejuk.badan memerlukan sumber makanan yang banyak.jadi ketika ini selera pun bertambah-tambah,hingga kebab sebesar pinggan pun boleh lahap sampai 2.berat badan akan naik waktu winter ni dan lemak akan bertambah untuk menambah kepanasan badan.dari 55kg boleh naik sampai 65 kg.itukan best.orang pompuan mesti tension bila berat diorang naik.berat gua naik 15 kg kot.



suap sikit habis la




4.nescafe

Kenape Nescafe? Ada je kat Malaysia ni Nescafe kan.ape yang berbeza cuma cara kita dapat minum Nescafe tu.dekat alex waktu winter macam ni memang seronok.minuman berunsurkan coffee dan teh menjadi popular ketika musim ni.pacik dan macik yang berhati mulia walaupun sebelum tak pernah gua tegur,tapi tetap mempelawa gua minum coffee dekat kawasan rumah dia.terharu gua dua malam.tapi gua tetap kata jus dekat mesir terbaik.


pacik tu,penjaga rumah aka pacik coffee




5.sale

Haha..tentang ni memang terbaik memandangkan duit Malaysia lagi tinggi daripada duit diorang winter sale memang tak menjadi masalah.ape lagi orang akan cari time winter kalau bukan jaket kulit,wind breaker dan sweater.mesir bumi yang jarang ditimpa hujan,tapi waktu winter,angin sepoi-sepoi jadi ribut badai,hujan cats and dogs jadi hujan tigers and foxs.jadi pemakaian yang betul diperlukan untuk menjaga tubuh badan kita.



jubah tade sale pulak,gua baru nak belanje macik coffee



Ini berdasarkan pengalaman gua,tempat lain pun same jugak kot.tapi gua tetap kate tempat gua terbaik.haha~
*dah masuk musim bunge pun,bunge ciput je kat sni

p/s: cuti summer ni gua nak melawat perancis nak kumpul duit dari sekarang



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaa, good for you to live there happily, take care!