Jumaat, 26 November 2010

Antara Memaki Dan Dimaki

Masuk kali ni dah 4 kali aku edit entri ni.Tulis padam,tulis padam.Aku rasa kalau boleh nak jelaskan secara terperinci habis.Ikut hati sekali kutu-kut dan hama-hama alam sekeliling ni pun aku nak masukkan.Tapi macam takde "kick" pulak cerita camtu.
Ceritanya bermula~

Tram sebijik macam di san francisco 
Semalam lepas habis kuliah aku dengan sepat balik sekali.Kami decide untuk menggunakan perkhidmatan tram berbanding dengan teksi.Walaupun kami sedar lambakan teksi di negara Firaun ni,tapi aku awal-awal angkat tangan kalau naik teksi sebab naik teksi disini sama tarafnya dengan naik F1.Bawak macam jalan raya tak pernah wujud langsung kat negara ni.

Lepas kami beli makanan sekadar untuk alas perut sebelum melantak kat rumah,kami terus naik tram yang paling hujung.Mengharapkan tram tersebut akan bergerak seawal mungkin.Syukur,sangkaan kami tepat.Perjalanan dari Mahatram(last station) ke Camp Sezar mengambil masa hampir 45 minit disebabkan laluan jalan raya yang berserabut,tanpa aturan berlainan dengan di Malaysia.Sambil tu kami merasai kesedapan burger yang kami beli sebelum naik tram.
~Aku gigit burger,mayonis meleleh jatuh.Sepat gigit kebab,daging arnab jatuh.~

Jelas kelihatan 2 orang macik yang duduk berdepan dengan kitorang buat muke tempe.Mungkin menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan mereka menjadi penghuni pejara yang sejati.Sambil makan,kitorang borak tentang gaya hidup student medic yang kadang-kadang tak terurus.Tiba-tiba naik seorang pacik,tinggi menggalah,kurus keding,pakai spec kanta besar.Aku stop bercakap,ambil oxygen sedikit kemudian menggamit pacik tersebut untuk duduk didepan aku.Terhuyung-hayang pacik tersebut berjalan ke arah tempat duduk kami.Takpe lagi,itu masih tidak membuatkan aku memaki.

5 minit lepas tu,dia tertidur.Jadi aku dengan sepat sambung balik perkara yang kami borakkan.Tiba-tiba,pacik ni bangun dan memekak cakap bahasa arab.Mungkin memaki kami yang naif.Mula-mula aku dengan sepat sangka baik.Mungkin pacik ni suruh kitorang perlahankan suara sebab dia nak tido.Tapi,lepas tu dia tolak badan aku kebelakang apa kejadahnya.Aku terpinga-pinga.Apa aku buat?

Pacik,lu tido lagi bagus la dari jadi gila!

 Dalam hati aku maki,"jangan menyialkan diri anda dengan mengasari foreigner macam kami".So,sepanjang perjalanan tu kitorang pandang ke sisi tingkap tram menahan pedih telinga mendengar pacik tersebut memaki.Mungkin pacik tersebut ingat kitorang tak faham apa dia mencarut tu.Tapi hakikatnya,kitorang memahami dan menghayati maksud perkataan yang dia tasbihkan tu.Salah akukah yang meng'offer' pacik mabuk tersebut duduk?

***
Maklumat tambahan:
  • Orang arab kalau mabuk memang problem
  • Pacik tersebut mengaku menjadi ahli politik(waktu mabuk)
  • Mencarut berdosa tau
  • Jangan mudah sangat keluarkan perkataan tak elok,nanti jadi habit. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dkt arab mmg cmtu ke? haha