Hasil setelah gua memanfaatkan ilmu alam yang gua belajar dekat sekolah selama 11 tahun.Gua berjaya snap gambar dengan mengambil kira faktor:
Cuaca:Gua sukat air hujan untuk menentukan hari terbaek untuk snap gambar.
Pencahayaan:Gua gunakan kertas manila kad untuk tutup kawasan yang cahayanya terlebih.
Bentuk Muka Bumi:Keadaan muka bumi yang tidak rata memaksa gua menggunakan tali rafia untuk mengelakkan kamera gua tercicir sewaktu leka snapping gambar.
Suhu:Gua menggunakan ais batu untuk mengawal mengurangkan suhu mentol kamera gua.
Hasilnya~
TE buruk,TM lagi stail
Gua pergi kuliah naik bende alah ni la
Peti ais gua dengan khazanahnya
Keju keju,Susu susu,gua bukan budak-budak
Lorong rumah gua,gua gelar Lorong Haji Taib
Area gua bermesra dengan anjing-anjing liar
Gua skodeng rumah awek yang pernah baling periuk kt membe gua
kt sini mini cooper=bumper car
Gua dengan selamba guna kamera~
Jenama termahal yang mampu tahan dengan hasil snap gua
Agfa
Segalanya sebab gua manfaatkan ilmu alam yang gua belajar dulu~
Sebenarnya,gua dah lama nampak kejadian ni berlaku.Dan kejadian ni bukan sekali dan bukan seorang.Mula-mula gua ingat malas nak masuk campur urusan hidup mat-mat arab ni,sebab gua datang sini bukan nak skodeng apa dorang buat tapi nak tuntut ilmu.Habis study gua balik Malaysia,sini gua lupalah.
Tapi bila fikir-fikir balik,apa salahnya kalau gua panjangkan hal ni dalam blog gua.Sekurang-kurangnya,kalau ada mat-mat arab yang terbuka blog gua,dorang boleh ambil pengajaran sikit.Walaupun dorang tak faham Bahasa Malaysia,tapi gua kisah pulak dorang faham ke tak faham.Gua sudah bagi nasihat,jadi gua lepas.
Gua harap,lepas ni mat-mat arab sekalian tinggalkan amalan kencing merata-rata.Gua tengok pun malu,kencing dalam tandas bukan tepi tandas.Apa guna tandas ada?
Ini pic hiasan,gua snap waktu gua nak pergi klas,bukan dorang
Gua harap lepas ni dalam silibus sekolah mat-mat arab ni ada dimasukkan topik "LARANGAN KENCING MERATA-RATA".Nasib baik golongan mat-mat sahaja yang terikut perangai anjing ni.Kalau golongan minah-minah yang buat,lagi haru gua.
Tolong jangan ikut anjing punya perangai~
p/s:Gua nak pergi masjid lu boleh kencing depan gua,mana gua tak rasa celake.
Sebenarnya,sedare gua ade CD cerita ni,adik gua pinjam tapi buat harta
Balik asrama je ulang tengok cerita ni..
Tak tahu la pulak kalau silibus sekolah sekarang ada dimasukkan tentang cerita korea..
Ada ke?
Gua tergerak hati nak google translation lagu ni,
Jadi ni yang gua jumpa~
From My Sassy Girl
I can love you now with my embrace if you leave me alone you know that I’m going to suffer I love you, let us start again although it’s hard I love my friend but I only want you Is our love a written fate? Let me take care of those tears that’s suffering you, The tears that suffering you I’ll return it all back to you now I’m concern of your smile Its similar to me now
Gua bangga dengan negara gua sebab ada penduduk kreatif macam ni.Bukan satu ezos mamat ni letak,tapi sepuluh!Serious gua tabik spring sampai patah tangan pun takpe.Lepas ni gua harap pemilik kereta ni "forward"kan design kereta ni skali dengan cadangan penambahan ezos kepada Proton.Gua yakin design lu laris di pasaran.Gua sebagai supporter terkuat.Kepada sesape yang nak order kereta ni jangan malu segan kontek gua.
*Masalahnya,kereta ni dah lari spec dari yang ditetapkan oleh JPJ,lu buat barang antik je la brader~
Gua sekarang belajar medic dekat mesir.Dah hampir 3 bulan lebih.Tapi gua still ada penyakit ni.Gua tak tau macam mane nak buat.Waktu gua duduk sorang-sorang,tak kira dekat mana pun,dalam jamban,dalam kuliah dan dalam mimpi gua.Penyakit ni mesti datang.Gua dah mula menyampah.Gua rasa sakit,sakit di setiap sudut.
Sebelum ni gua cuba buat pandang sebelah mata je tentang penyakit ni."Alah,lepas ni aku ok la"~ayat gua selalu sebut bile penyakit ni datang menyerang.Dan sekarang penyakit gua dah melarat.Takde ubat sebab scientist-scientist pun masih tengah buntu untuk cari penyebab penyakit ni.
Apa-apa pun gua nak mintak tolong sape-sape ada ubat untuk rawat penyakit ni,tak kira ubat tradisional atau moden tolong roger gua.
Gua tak tau nak salahkan sapa tentang pic ni.Gua sendiri pun mati kutu,badan sasa,muka matured tangan berketul tapi satu saje slack,bantai basikal budak.Kalau tengok kawasan polis ni ronde,macam dekat area parking kereta.Kalau gua lagi prefer polis ni bantai kereta-kereta yang ada dekat situ daripada basikal budak yang tak bersalah.Sekurang-kurangnya,cadangan gua ni dapat jugak membantu mengurangkan jumlah pelumba haram di jalan raya.