Ahad, 19 September 2010

Biniku Seorang Mujahidah

Akhirnye hasrat bini aku untuk meninggal di medan perjuangan termakbul.Aku gembire dan aku bersyukur atas segale ketentuan tuhan.Laki mane yang tak sedey bila kehilangan bini tersayang.Kami berjanji untuk sehidup semati,tapi tuhan telah menetapkan die pergi lebih awal.Aku ingat lagi detik-detik sebelom kematiannye.Bermule daripada awal pagi sampai la maut mendatang.

"Abang bangun la.Jom kita sembahyang subuh berjemaah.Lepas ini abang boleh sambung tidur balik.Lagipun abang sudah janji nak dengar cakap saya kan.Kalau tak saya menangis kuat-kuat nanti,baru abang tahu kan apa kesannya pade anak dalam kandungan ni nanti."

Sambil tersenyum sumbing bini ku mengugut.Sungguh pro dia memujuk.Lepas selesai solat,tepat pukul 0645 pagi tuk penghulu minta semua penduduk kampung Kaki Hensem-Hensem berkumpul dekat dataran lapang.

"Saya dengan ini mengisytiharkan perang terhadap Kampung Kaki Barai kerana telah mencabar kedaulatan bangsa-bangsa Kaki Hensem-Hensem.Dengan nama tuhan,ayuh kita berjuang untuk menuntut keadilan sejagat."

Penghulu berucap dengan berkobar-kobar.Sememangnye kampung kami sudah lame perang dingin dengan kampung Kaki Barai ni.Tak kire laki pompuan sume boleh turun padang,berjuang sama-sama.Balik rumah,bini aku tawarkan diri dia nak ikut pergi medan peperangan juga.

"Kalau boleh saya nak mati dekat sane."-Ayat keramat dia.

srikandi ke??
Suasane ketika kat medan peperangan tu:
  • Sayup-sayup kedengaran orang panggil name membe-membe aku.
  • "MATI KO!!"sume orang asyik cakap macam ni MELAINKAN aku.
  • "JAGA RUMAH AKU"-kadang-kadang ade jugak orang sebut camni.

Waktu tu seorang panglima daripada Kampung Kaki Barai turun padang.Dia terus serang bini aku.Angkat kemudian humban macam ikan kering kearah kawasan laen.

Aku mintak maaf wahai bini ku.Aku tak terdaya untuk menghalang.Aku cuba menyerang,tapi kudrat ku tidak betah melawan kekuatan panglima tersebut.Aku cuba menjerit dan merayu,tapi usaha ku ini tidak diendahkan.Kalaulah aku berkemampuan,pasti semuanya tidak akan berlaku.Bini ku rebah dipangkuanku.Kepalanya terpisah daripada badan serta kedua tangannya putus.

Wahai biniku Lacoste Puerto bersemadilah dengan aman.Kau seorang Mujahidah.


Lacoste Puerto
****

Maklumat tambahan:
  • Permainan BALING SELIPAR sememangnye berjaye menjahanamkan selipar orang.
  • Lacoste Alice telah mengambil tempat sebagai biniku sekarang.
  • Manusia memang suke membazir.Selipar baru buat maen baling-baling.Then rosak. 
  • Bahana rosakkan selipar kaum Hawa>>menbebel+laser selame 2jam berturut-turut. 


2 ulasan:

Unknown berkata...

main baling selipar best.layan baling terompah jom.kasi pecah kepala.haha.

selipar jepon berkata...

hahaa~lu memang sempoi...