Sabtu, 29 Oktober 2011

Jasa Majalah Tunas

Majalah Tunas,Majalah Rakan,Majalah Sahabat.
Tak kira apa nama majalah sekali pun, apa yang cuba gua nak bangkitkan kali ni ialah tentang majalah sekolah.Majalah yang gua dapat bila dah habis form 5 dulu.

Untuk sekolah gua,kami namakan majalah tersebut Majalah Restu.
Restu cikgu? Restu member? Restu majalah kepada diri gua sebagai bekas pelajar ke? .Gua pun tak pasti apa relevennya penggunaan restu di situ.

Tiga jasa majalah tersebut kepada diri gua yang dapat gua kenal pasti:

1.Nombor telefon,alamat rumah dan hobi akak-akak senior yang gua admire.Yang susah gile gua nak dapat.Kini segalanya hanya dihujung jari sahaja.*gelak jahat*

2.Gambar akak-akak senior yang gua admire terpampang jelas dalam majalah tersebut dapat gua potong dan tanpa di dinding rumah.Sebagai inducer kepada gua untuk terus mengejar cita-cita.*gelak cilake*

3.Gambar budak-budak yang suka buat perangai masa gua jadi taiko sekolah dulu.Yang selalu datang lambat,bilik macam sarang tebuan,panties spender boxer berterabur sakan gua conteng.Buat muka diorang jadi macam hell boy.*gelak haram*

p/s: jiwa gua yang sentimental,selalu buat gua rindu dengan alam persekolahan gua yang dulu*wadehel*
kalaulah majalah sekolah macam majalah Mangga

Rabu, 26 Oktober 2011

Dara

Sejak bila dara boleh diperdagangkan?
Gua mempersoalkan tentang Human's and Animal's Right sekarang.
Jangan kata gua tak mempraktikkan apa yang gua dah belajar pulak.


Segalanya bermula macam ni ~~

Ketika itu gua sedang masuk ke Restoran Mak Teh. Restoran yang tersohor kalau dekat area Kuala Lumpur ni.Sebut je masakan apa.Daripada nasi goreng biasa sampai le ke nasi dagang semuanya available dan sedap.Seorang pemuda masuk ke gerai dengan lagak bernafsu.Nafsu makan? Nafsu serakah? Gua pun tak pasti.

Mak Teh nasi ayam DARA satu!! ; pekik pemuda tadi.

Gua terkejut,terkesima, dan err.. sedikit berminat pun ada rasanya dengan tingkah pemuda itu.Gua terus keluar dari restoran Mak Teh membawa jiwa gua yang lara, kesan daripada peristiwa tadi.

Gua pasti ada sindiket-sindiket disebalik penjualan dara ayam ni.

Gua penegak keadilan untuk hewan-hewan sekelian. Gua lah Superhewann.


p/s: Ayam punya dara pulak, apesal tade orang nak order nasi ayam teruna. diskriminasi betull

hambekk kau


Isnin, 5 September 2011

Duit Raya

Perbualan gua dengan kazen gua di hari raya~


kazen : siapa nak duit raya.duit dalam poket tengah berkepuk-kepuk ni


gua yang kebetulan berada berdekatan denganya,segera berlari-lari anak untuk memecut anak-anak buah yang lain.Alhamdulillah gua lah orang pertama yang sampai :)


gua    : duit raya!!


kazen : eh,lu nanti kejap.duit raya special gua nak bagi tahun ni.


gua    : ok,saya tunggu baik-baik  *damn,macam mana gua boleh tersebut “saya”.sungguh kurang ajar


kazen : untuk kau,gua dah putuskan yang gua akan bagi duit raya secara interaktif,efisien dan lebih teratur.


gua    : macam mana tu? Cepatlah cakap.nak duit raya sangat ni.


kazen : sudah,pergi bersiap.lepas ni nak beraya rumah Eton pulak.


gua    : mana duit rayanya?


kazen : kejap lagi gua pergi tekan nuffnang kau sampai button keyboard tu hancur.


Kalau dah pagi raya 1 syawal 1432H ni gua tempek kepala lu dengan tempe baru tau.


p/s: tak percaya tanya kazen gua,nobitasensei

Rabu, 24 Ogos 2011

Apa Masalah

Sebulan lepas gua stop update blog sebab final exam.

Exam sudah sebulan lebih habis.

Buku Anatomy,physiology,pharmacology,Biochemistry etc sudah sebulan lebih stop cari pasal dengan gua.

Apa masalah gua malas nak update entri!!

Bingung.kosong.

Apa Masalah?


Gua dah ade dekat Malaysia.

Sebulan je gua boleh spend summer holiday dekat sini.

Persetankan masa yang ciput

Gua nak rasa cuti yang betulbetul
cuti.

Gembira.Bahagia

Apa Masalah?

- Selipar Jepon

Location:Jalan Bangsawan,Kuala Lumpur,Malaysia

Isnin, 27 Jun 2011

Penyesalan

Gua nak minta maaf,minta ampun dari hujung rambut gua hingga lah ke hujung kuku kaki kelinking.

Gua menyesal atas kelalaian gua selame ni.

Ya,memang gua ade terima messages daripada geng-geng gua.Diorang minta gua kembali menulis blog.Tapi malaun berhati keras macam gua mana boleh cair.Hati gua pejal,kukuh daripada pujuk rayu murahan mereka semua.

Hari-hari selepas itu gua lalui macam biasa,tanpa entri seperti yang mereka harapkan.Gua siap boleh buat peach cobbler untuk mengisi masa lengang gua tiap-tiap hari.ok,itu gua tipu.tiap-tiap hari gua singgah kedai karim lepas kuliah beli peach cobbler sebab bulan ni ade diskaun 10% untuk setiap belian yang ade kaitan dengan buah peach.

Semalam,gua terima satu message terakhir daripada secret admire gua.Dia rasa terkilan dengan sikap gua yang bagaikan kacang lupakan kulit terhadap blog Silpar Jepon ni.Korang bacelah statement die,mane tak runtun jiwa macho gua~

"Salam sayang pembuka bicara,saya terkilan dengan sikap silpar sebab sudah lame tak berblogging.Sebelum ni,saya ingat silpar adalah lelaki yang saya cari selama ini.Pecinta blog,penegak kebenaran bahawa silpar jepon terbaik dan macho mengupdate entri.Maaf,saya gagal mengawal perasaan saya.Jika silpar terus begini saya sudi pergi setelah meninggalkan jejak di chatbox.Saya pergi membawa hati yang lara."

 by anon

Gua terpana seketika,lebih-lebih lagi setelah gua dapat tahu bahawa pengirim message tersebut











-insyaallah lepas ni abang silpar takkan buat Nora sedih lagi tau

Jumaat, 22 April 2011

Gila Blog

Dikala gua mengetik papan muka henfon melalui aplikasi Blogpress di tempat yang bukanlah terlalu asing,tempat berjuang untuk para insan bagi membuang barangan membazir(waste product)


- Selipar Jepon menulis sambil meneran

Location:Bort Said,,Egypt

Sabtu, 16 April 2011

Sedikit piktura

naik rooftop jerit-jerit

skodeng pacik tuff

student saudi gosip-gosip*kate student malaysia hensem le tu

balik lambat cuci lecture room

awek 20 taun lagi

vandalisme rumah

seafood