Sabtu, 23 Oktober 2010

One Two Som.Lu Menang.Lu Dapat Awek.

ZAMAN BERSELUAR SLACK BIRU-
Minah saje bukan awek


Semuanya bermula waktu aku darjah 3,disebabkan hormon androgen yang semakin bertambah didalam badan.Kitorang mule mencari minah-minah yang tercun kat sekolah untuk dijadikan teman cinta se-monyet.Jadi kitorang pun berkeliaran la disekitar kawasan sekolah umpama si siput yang terkena viagra.

Waktu subjek Matematik bermula,kebetulan cikgu MC sebab ade janji temu dengan doktor.Jadi,tanpa membuang mase kitorang pun berkumpul di sudut belakang kelas.Pelajar perempuan kelas aku panggil kitorang "The Backyard Gangs" hasil daripada beberapa perjumpaan yang kitorang selalu adakan di situ.

Aku dan yan duduk di meja bahagian belakang yang agak jauh dari membe-membe lain.

"Yan,camne?Bagi tahu la sape yang kau minat.Nanti aku bagi tahu kat kau plak."kata aku

"Takde la.Kau kena bagi tahu dulu.Mane aci aku dulu."kata yan

Setelah hampir 15 minit asyik tolak-menolak untuk bagi tahu dulu.Yan cadangkan satu kaedah yang adil.Kaedahnya ialah kita orang tulis nama minah tersebut di atas meja dan tutup dengan tangan kemudian dalam kiraan 3 kitorang kena buka tangan sama-sama.

Tapi entah kenapa,aku terlalu cuak untuk tulis atas meja tapi sebaliknya yan.Jadi,bila buka tangan dia atas meja aku langsung tiada nama manakala atas meja yan nama minah yang memang aku minat sangat-sangat.Kira ratu la dekat sekolah aku ni dulu.
Osom!!!

Disebabkan aku tak tulis atas meja,jadi aku dikira kalah.Tapi aku tetap tak puas hati.Jadi,aku api-api kan yan untuk lawan "One Two Som".Syaratnya,siapa yang menang sebanyak 3 kali dikira menang dan dapat minah tersebut tapi bagi yang kalah hendaklah melupakan niatnya serta jangan mengganggu hubungan orang.




Kesannya,aku kalah 3 tanpa balas.Jadi,aku terpaksa melupakan minah tersebut.Sampai sekarang aku trauma untuk main One Two Som implikasi daripada peristiwa ini.Sungguh berbahaya penggunaan One Two Som dikalangan budak-budak!!


****
Maklumat Tambahan:
  • Permainan One Two Som dikalangan kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah perlu dibendung untuk mengelakkan salah laku.
  • Jangan buang masa dengan permainan monyet-monyet kat sekolah.
  • Jangan main kejar-kejar belakang kelas nanti kena sebat kat tapak kaki.Sakit wooo~

1 ulasan:

eZmALiZa berkata...

menang dapat pompuan??haha...klaka2.. :D