Khamis, 21 Oktober 2010

Japanese B Encephalitis(JE) ,Chong Dalam Bahaya.

ZAMAN BERSELUAR SLACK BIRU-


Waktu aku darjah 2 dulu,aku ada seorang membe cina,Chong.Badan dia 1/4 daripada badan gajah asia,beg yang dia angkut hari-hari mencapai berat seekor kanggaroo betina yang sedang bunting dan yang paling penting dia tidak akan lupa untuk bawa tong air yang hampir sama besarnya dengan badan dia.Aku serius.Langsung tiada hiperbola disini.

Kalau tak silap aku tahun tu,tengah hangat pasal penyakit JE ni.Kebetulan,aku serta beberapa konco-konco aku ada masalah dengan Chong disebabkan kemenangan dia dalam kuiz matematik peringkat bilik darjah.Kepantasan serta semangat dia untuk menang dalam kuiz tu membuatkan kiteorang menyampah+sakit hati (kalah teruk) dengan keputusan 10 daripada 10 soalan dijawab olehnya dengan cemerlang,gemilang tetapi tidak terbilang.


Tepat jam 10.00pagi iaitu waktu rehat,aku dan koncoku terus bergerak ke meja Chong.

"Heeee~Chong ada JE.Tengok tangan Chong ada bintik-bintik!Chong JE!Chong Je!"kata aku(sengal)

Kejayaan terbesar kita orang ialah apabila ejetan ini disambut hampir 2/3 daripada semua pelajar dalam bilik darjah itu.Hanya,awek Chong,Sabrina sahaja yang berdiam diri sambil memandang aku dengan 1001 perasaan(termasuk sayang).

Pastinya,bukan Chong!

Akhir,kesan daripada tekanan perasaan yang keterlaluan.Chong terberak didalam seluar+dalam kelas menguatkan lagi kaitan Chong dengan penyakit JE.Kesian,Chong.Dia menangis dalam tandas 112(aku ingat lagi) sambil cakap bahasa mandarin sorang-sorang!Akhirnya,Chong terskip satu kelas kerana terlalu lama mencuci seluarnya yang kehijauaan.

Chong!Aku,Sepat,Longan,Dudek,Yan mintak maaf sangat-sangat.

****

Maklumat Tambahan:
  • Penyakit JE adalah hasil daripada nyamuk yang mengigit babi.
  • Orang yang kena JE,selalunya berbadan besar,So,Chong berbadan??
  • JE adalah penyakit pandemik yang berbahaya.

1 ulasan:

fye berkata...

haha cammm bangang weh