Ahad, 17 Oktober 2010

Gejala Penghuni Rumah Setinggan

Dalam kesibukan kota raya Iskandariah,terdapat sebuah rumah yang begitu indah di luar bak kondo,tapi bahana didalam bak setinggan.Tepat pukul 4.30 pagi jelas kedengaran azan menandakan waktu solat subuh telah pun masuk.Tetapi penghuni-penghuni rumah tersebut seakan lena dibuai mimpi-mimpi indah,seruan untuk solat tersebut seakan tidak mendapat sahutan mereka.Malahan,seruan azan tersebut seperti menjadi "lullaby" kepada meraka.

Waktu terus berlalu,dari detik kepada minit,minit kepada jam.Dari pukul 4.30 pagi hingga ke 5.30 pagi.Tiba-tiba,suasana aman dan tenteram dirumah mereka terganggu oleh gegeran serta bunyian nyaring yang mengilukan.Bagi semut-semut yang menginap dirumah tersebut,bunyian serta gegaran itu adalah petanda bala' atau bencana yang didatangkan tuhan atas kelalaian mereka.Tetapi bagi penghuni rumah tersebut,itulah satu-satunya pengejut tidur yang paling efektif,bunyi kereta api.Salah seorang daripada penghuni rumah tersebut bangun,lalu terus menuju ke arah ruang tamu dimana terletaknye jam terbesar dirumah tersebut.

"Urgh,subuh syuruk lagi...",kate penghuni tersebut.
Sambil melangkah longlai bak si gladiator yang kalah bertarung dengan ahli sihir istana.

Didalam tandas,kedengaran penghuni tersebut mengeluh.
"Subuhku,tidurku,syurukku.Sungguh la menyedihkan."

Wahai penghuni rumah setinggan sekalian,berubah la kearahan yang lebih baik.
Pic original bersame kucing parsi tersayang yang di'chibi'kan.

****

Maklumat tambahan:
  • Berlatihlah bangun awal sejak kecil lagi."Melentur buluh,biarlah dari rebungnye"
  • Penghuni rumah setinggan tersebut sekarang ni sedang belajar untuk bangun awal.Credit to them!
  • Carilah rumah sewa bersebelahan dengan stesen kereta api.Banyak manfaatnye.

Tiada ulasan: