Khamis, 14 April 2011

Iphone 4-apple story

Baru-baru ni iphone gua ada masalah.mungkin kerana kebebalan gua dalam menggunakan barangan lektrik lagi berteknologi sehingga menyebabkan dia merajuk untuk memberi khidmat bakti.

Iphone 4 gua tak boleh “on”. Baru beli kot.

Jadi petang itu gua bercadang untuk terjah apple store dekat Egypt ni.untuk mendapatkan hak gua sebagai pelanggan yang teraniayai.lepas kuliah,gua bergegas ke kawasan menunggu teksi di pintu hadapan universiti.

Setelah hampir 10 minit menunggu,berhenti sebuah teksi kuning hitam dipandu oleh seorang pak cik arab sekitar 30-an.Nama beliau Halim.

Gua:salam,ana awwiz aruh ila Apple Store fi Samooha.mumkin?

Gua:salam,saya mahu pergi ke Apple Store di Samooha.boleh?

Halim:aiwa,ta’al ya basyar.enta wassim.

Halim:ya,boleh.mari naik wahai pemuda.kamu hensem.

Sepanjang perjalanan kami banyak berborak tentang revolusi yang berlaku di Mesir baru-baru ni.Dan Halim berjanji dengan gua untuk turunkan gua di kawasan yang terdekat dengan destinasi gua.gua rasa terima kasih tak terhingga atas jasa halim kerana memudahkan kerja gua.

Setelah 15 minit perjalanan.halim berhenti dihadapan sebuah kedai pakaian dan aksesori wanita,Avon

Halim:ya basyar,apple store fi syari’ li ghai,ba’diin da Avon.

Halim:wahai pemuda,Apple Store di jalan satu lagi,selepas kedai Avon tu.

Gua:syukran ya a’mmu.da 5LE bass.

Gua:tenkiu pacik.ni 5 pound egpyt cukup.

Setelah halim beredar,gua bergerak ke arah belakang kedai Avon tersebut.

Langsung,tiada macbook,tiada iphone,tiada ipod tiada segalanya yang seangkatan dengan Apple syarikat Steve Jobs tersebut.

Apa yang ada..

Syarikah Tuffah Amen-Tuffah min biladi-

Syarikat Appel Amen-Apple dari negara ini (Egypt)



Hati gua luruh...


p/s:3 hari menyulam hati lara,merawat kesedihan kesan komunikasi serta interaksi yang hancur dengan Halim.



3 ulasan:

cik chopu berkata...

huh, salah faham pulak dah.

bantalbucuk berkata...

hehe..sabo jela.. :p

ruru berkata...

HA~~!sure bengang..