Sabtu, 29 Oktober 2011

Jasa Majalah Tunas

Majalah Tunas,Majalah Rakan,Majalah Sahabat.
Tak kira apa nama majalah sekali pun, apa yang cuba gua nak bangkitkan kali ni ialah tentang majalah sekolah.Majalah yang gua dapat bila dah habis form 5 dulu.

Untuk sekolah gua,kami namakan majalah tersebut Majalah Restu.
Restu cikgu? Restu member? Restu majalah kepada diri gua sebagai bekas pelajar ke? .Gua pun tak pasti apa relevennya penggunaan restu di situ.

Tiga jasa majalah tersebut kepada diri gua yang dapat gua kenal pasti:

1.Nombor telefon,alamat rumah dan hobi akak-akak senior yang gua admire.Yang susah gile gua nak dapat.Kini segalanya hanya dihujung jari sahaja.*gelak jahat*

2.Gambar akak-akak senior yang gua admire terpampang jelas dalam majalah tersebut dapat gua potong dan tanpa di dinding rumah.Sebagai inducer kepada gua untuk terus mengejar cita-cita.*gelak cilake*

3.Gambar budak-budak yang suka buat perangai masa gua jadi taiko sekolah dulu.Yang selalu datang lambat,bilik macam sarang tebuan,panties spender boxer berterabur sakan gua conteng.Buat muka diorang jadi macam hell boy.*gelak haram*

p/s: jiwa gua yang sentimental,selalu buat gua rindu dengan alam persekolahan gua yang dulu*wadehel*
kalaulah majalah sekolah macam majalah Mangga

Rabu, 26 Oktober 2011

Dara

Sejak bila dara boleh diperdagangkan?
Gua mempersoalkan tentang Human's and Animal's Right sekarang.
Jangan kata gua tak mempraktikkan apa yang gua dah belajar pulak.


Segalanya bermula macam ni ~~

Ketika itu gua sedang masuk ke Restoran Mak Teh. Restoran yang tersohor kalau dekat area Kuala Lumpur ni.Sebut je masakan apa.Daripada nasi goreng biasa sampai le ke nasi dagang semuanya available dan sedap.Seorang pemuda masuk ke gerai dengan lagak bernafsu.Nafsu makan? Nafsu serakah? Gua pun tak pasti.

Mak Teh nasi ayam DARA satu!! ; pekik pemuda tadi.

Gua terkejut,terkesima, dan err.. sedikit berminat pun ada rasanya dengan tingkah pemuda itu.Gua terus keluar dari restoran Mak Teh membawa jiwa gua yang lara, kesan daripada peristiwa tadi.

Gua pasti ada sindiket-sindiket disebalik penjualan dara ayam ni.

Gua penegak keadilan untuk hewan-hewan sekelian. Gua lah Superhewann.


p/s: Ayam punya dara pulak, apesal tade orang nak order nasi ayam teruna. diskriminasi betull

hambekk kau