Selasa, 30 November 2010

Hasil Memanfaatkan Ilmu Alam

Hasil setelah gua memanfaatkan ilmu alam yang gua belajar dekat sekolah selama 11 tahun.Gua berjaya snap gambar dengan mengambil kira faktor:
  1. Cuaca:Gua sukat air hujan untuk menentukan hari terbaek untuk snap gambar.
  2. Pencahayaan:Gua gunakan kertas manila kad untuk tutup kawasan yang cahayanya terlebih.
  3. Bentuk Muka Bumi:Keadaan muka bumi yang tidak rata memaksa gua menggunakan tali rafia untuk mengelakkan kamera gua tercicir sewaktu leka snapping gambar.
  4. Suhu:Gua menggunakan ais batu untuk mengawal mengurangkan suhu mentol kamera gua.
Hasilnya~ 

TE buruk,TM lagi stail

Gua pergi kuliah naik bende alah ni la

Peti ais gua dengan khazanahnya

Keju keju,Susu susu,gua bukan budak-budak

Lorong rumah gua,gua gelar Lorong Haji Taib

Area gua bermesra dengan anjing-anjing liar

Gua skodeng rumah awek yang pernah baling periuk kt membe gua
kt sini mini cooper=bumper car

Gua dengan selamba guna kamera~

Jenama termahal yang mampu tahan dengan hasil snap gua
Agfa
 Segalanya sebab gua manfaatkan ilmu alam yang gua belajar dulu~


 p/s:sori gua memang tak tahu ambil gambar.

Anjing Punya Perangai

Galakkan kencing
Sebenarnya,gua dah lama nampak kejadian ni berlaku.Dan kejadian ni bukan sekali dan bukan seorang.Mula-mula gua ingat malas nak masuk campur urusan hidup mat-mat arab ni,sebab gua datang sini bukan nak skodeng apa dorang buat tapi nak tuntut ilmu.Habis study gua balik Malaysia,sini gua lupalah.

Tapi bila fikir-fikir balik,apa salahnya kalau gua panjangkan hal ni dalam blog gua.Sekurang-kurangnya,kalau ada mat-mat arab yang terbuka blog gua,dorang boleh ambil pengajaran sikit.Walaupun dorang tak faham Bahasa Malaysia,tapi gua kisah pulak dorang faham ke tak faham.Gua sudah bagi nasihat,jadi gua lepas.
Gua harap,lepas ni mat-mat arab sekalian tinggalkan amalan kencing merata-rata.Gua tengok pun malu,kencing dalam tandas bukan tepi tandas.Apa guna tandas ada?
Ini pic hiasan,gua snap waktu gua nak pergi klas,bukan dorang
Gua harap lepas ni dalam silibus sekolah mat-mat arab ni ada dimasukkan topik "LARANGAN KENCING MERATA-RATA".Nasib baik golongan mat-mat sahaja yang terikut perangai anjing ni.Kalau golongan minah-minah yang buat,lagi haru gua.

Tolong jangan ikut anjing punya perangai~


p/s:Gua nak pergi masjid lu boleh kencing depan gua,mana gua tak rasa celake.

Isnin, 29 November 2010

Dulu Dan Kini Bersama cik Strawberi

Dulu Gua dan cik strawberi~ 
sombong dengan gua
pandang gua sebelah mata
jual mahal dengan gua
demand dengan gua
kate gua orang kampung

Tapi~itu semua 
waktu cik strawberi berada di atas
waktu di persada kemegahan
waktu dipandang tinggi mereka
waktu disanjung  mereka
waktu dilayan mesra mereka 

Kini~
cik strawberi berada di bawah
semakin dilupakan mereka
semakin hilang nama
semakin hilang jejak

Kenapa~
baru kini cik strawberi datang
melutut,merayu,menangis
untuk pastikan gua 
CIK strawberi yang HOT  

BELI
MAKAN
MINUM 
cik strawberi
  

p's:strawberi tngh murah.winter murah,summer mahal.

Ahad, 28 November 2010

Hati Gua Pun Boleh Tersentuh


Gua bukan mamat jiwang,
Gua bukan mamat sangap korea,
Gua bukan budak bajet korea,
Rambut gua bukan korea,
Mata gua bukan korea,
Warne kulit gua bukan korea, 
Gua bukan kipas-susah-mati movie korea,
Tapi..
gua tetap lentok dengar lagu korea ni

Sebenarnya,sedare gua ade CD cerita ni,adik gua pinjam tapi buat harta
Balik asrama je ulang tengok cerita ni.. 
Tak tahu la pulak kalau silibus sekolah sekarang ada dimasukkan tentang cerita korea..
Ada ke? 

Gua tergerak hati nak google translation lagu ni,
Jadi ni yang gua jumpa~
From My Sassy Girl 

I can love you now with my embrace if you leave me alone you know that I’m going to suffer I love you, let us start again although it’s hard I love my friend but I only want you Is our love a written fate? Let me take care of those tears that’s suffering you, The tears that suffering you I’ll return it all back to you now I’m concern of your smile Its similar to me now

*Gua sentap~

p/s:Malaysia punya cerita lagi mantap kan.

Gua Sedang Jeles

Sekadar entri rilek-rilek hari ni~
Gua jeles dengan ezos kete ni

Gua bangga dengan negara gua sebab ada penduduk kreatif macam ni.Bukan satu ezos mamat ni letak,tapi sepuluh!Serious gua tabik spring sampai patah tangan pun takpe.Lepas ni gua harap pemilik kereta ni "forward"kan design kereta ni skali dengan cadangan penambahan ezos kepada Proton.Gua yakin design lu laris di pasaran.Gua sebagai supporter terkuat.Kepada sesape yang nak order kereta ni jangan malu segan kontek gua.


*Masalahnya,kereta ni dah lari spec dari yang ditetapkan oleh JPJ,lu buat barang antik je la brader~

Gua Mula Menyampah

Gua Mula Menyampah

Gua sekarang belajar medic dekat mesir.Dah hampir 3 bulan lebih.Tapi gua still ada penyakit ni.Gua tak tau macam mane nak buat.Waktu gua duduk sorang-sorang,tak kira dekat mana pun,dalam jamban,dalam kuliah dan dalam mimpi gua.Penyakit ni mesti datang.Gua dah mula menyampah.Gua rasa sakit,sakit di setiap sudut.
Sebelum ni gua cuba buat pandang sebelah mata je tentang penyakit ni."Alah,lepas ni aku ok la"~ayat gua selalu sebut bile penyakit ni datang menyerang.Dan sekarang penyakit gua dah melarat.Takde ubat sebab scientist-scientist pun masih tengah buntu untuk cari penyebab penyakit ni.
Apa-apa pun gua nak mintak tolong sape-sape ada ubat untuk rawat penyakit ni,tak kira ubat tradisional atau moden tolong roger gua.
Sebab... 
GUA DAH MULA MENYAMPAH~

*Gua rindu..rindu malaysia,rindu keluarga gua,rindu konco-konco gua,gua rindu petai,gua rindu segalnya.

Sabtu, 27 November 2010

Kejadah Polis Zaman Sekarang

Sekadar entri rilek-rilek harini~ 
   
Kalau beskal adek gua la lu curi
Gua tak tau nak salahkan sapa tentang pic ni.Gua sendiri pun mati kutu,badan sasa,muka matured tangan berketul tapi satu saje slack,bantai basikal budak.Kalau tengok kawasan polis ni ronde,macam dekat area parking kereta.Kalau gua lagi prefer polis ni bantai kereta-kereta yang ada dekat situ daripada basikal budak yang tak bersalah.Sekurang-kurangnya,cadangan gua ni dapat jugak membantu mengurangkan jumlah pelumba haram di jalan raya.
 
 
Apa kejadah curi basikal budak wahai polis?

Aku Nak Convert!!

Lepas ni aku sudah berubah..
Aku bukan aku yang dulu.. 


Aku tak nak berada ditakuk lama..
Aku rase terkebelakang..
Aku rase lembap..
Aku rase jauh.. 
Dalam segalanya..


Mungkin sudah masanya aku convert..
Sebagai lembaran baru untuk hidup aku.
.
Memberi nafas baru untuk aku hidup..
Membakar semangat aku..
Memuaskan diri aku..


Aku bukan aku yang dulu..
Sebab kini aku akan menggunakan GUA
   
Ya,Gua lebih baik daripada aku..


*P/s:kalau ada sapa-sapa tak puas hati dengan gua jgn pendam,gua tak nak korang meletup.

Jumaat, 26 November 2010

Bahagianya Hidup Dunia Membuta versi *Bukan Minta Buta

Ape kes mereka berdua?  
Sekadar entri rilek-rilek hari ni~
Dua orang buta ni meragam,sorang teringin nak jadi penjenayah dan sorang teringin nak jadi mangsa jenayah.
Tanpa mereka sedar,mereka sedang memperbodohkan diri masing-masing.
Cubakan 'relate'kan dalam kehidupan kita...

Mungkin mereka yang suka mengikut tindak-tanduk orang lain,
Mungkin mereka yang selalu terbayang untuk menjadi orang yang mereka idolakan,
Mungkin mereka yang patuh arahan orang lain tanpa memikirkan kesannya,
Mungkin mereka yang bersikap jumud,
Segalanya mungkin...

 *Siapa makan coklat dia la rasa manis^_^

Antara Memaki Dan Dimaki

Masuk kali ni dah 4 kali aku edit entri ni.Tulis padam,tulis padam.Aku rasa kalau boleh nak jelaskan secara terperinci habis.Ikut hati sekali kutu-kut dan hama-hama alam sekeliling ni pun aku nak masukkan.Tapi macam takde "kick" pulak cerita camtu.
Ceritanya bermula~

Tram sebijik macam di san francisco 
Semalam lepas habis kuliah aku dengan sepat balik sekali.Kami decide untuk menggunakan perkhidmatan tram berbanding dengan teksi.Walaupun kami sedar lambakan teksi di negara Firaun ni,tapi aku awal-awal angkat tangan kalau naik teksi sebab naik teksi disini sama tarafnya dengan naik F1.Bawak macam jalan raya tak pernah wujud langsung kat negara ni.

Lepas kami beli makanan sekadar untuk alas perut sebelum melantak kat rumah,kami terus naik tram yang paling hujung.Mengharapkan tram tersebut akan bergerak seawal mungkin.Syukur,sangkaan kami tepat.Perjalanan dari Mahatram(last station) ke Camp Sezar mengambil masa hampir 45 minit disebabkan laluan jalan raya yang berserabut,tanpa aturan berlainan dengan di Malaysia.Sambil tu kami merasai kesedapan burger yang kami beli sebelum naik tram.
~Aku gigit burger,mayonis meleleh jatuh.Sepat gigit kebab,daging arnab jatuh.~

Jelas kelihatan 2 orang macik yang duduk berdepan dengan kitorang buat muke tempe.Mungkin menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyebabkan mereka menjadi penghuni pejara yang sejati.Sambil makan,kitorang borak tentang gaya hidup student medic yang kadang-kadang tak terurus.Tiba-tiba naik seorang pacik,tinggi menggalah,kurus keding,pakai spec kanta besar.Aku stop bercakap,ambil oxygen sedikit kemudian menggamit pacik tersebut untuk duduk didepan aku.Terhuyung-hayang pacik tersebut berjalan ke arah tempat duduk kami.Takpe lagi,itu masih tidak membuatkan aku memaki.

5 minit lepas tu,dia tertidur.Jadi aku dengan sepat sambung balik perkara yang kami borakkan.Tiba-tiba,pacik ni bangun dan memekak cakap bahasa arab.Mungkin memaki kami yang naif.Mula-mula aku dengan sepat sangka baik.Mungkin pacik ni suruh kitorang perlahankan suara sebab dia nak tido.Tapi,lepas tu dia tolak badan aku kebelakang apa kejadahnya.Aku terpinga-pinga.Apa aku buat?

Pacik,lu tido lagi bagus la dari jadi gila!

 Dalam hati aku maki,"jangan menyialkan diri anda dengan mengasari foreigner macam kami".So,sepanjang perjalanan tu kitorang pandang ke sisi tingkap tram menahan pedih telinga mendengar pacik tersebut memaki.Mungkin pacik tersebut ingat kitorang tak faham apa dia mencarut tu.Tapi hakikatnya,kitorang memahami dan menghayati maksud perkataan yang dia tasbihkan tu.Salah akukah yang meng'offer' pacik mabuk tersebut duduk?

***
Maklumat tambahan:
  • Orang arab kalau mabuk memang problem
  • Pacik tersebut mengaku menjadi ahli politik(waktu mabuk)
  • Mencarut berdosa tau
  • Jangan mudah sangat keluarkan perkataan tak elok,nanti jadi habit. 

Bila Manusia Teringin Menjadi Unta

Assignment tak siap lagi,lagi 5 subtopik aku belum revise lagi.Masa makin suntuk.Exam makin dekat.Jadi,minggu ni aku agak sibuk.Untuk entri kali ni,aku letak pic unta yang aku jumpa berkeliaran waktu raya aidil adha minggu lepas.Kalau tak silap aku unta-unta lain semuanya sudah pun selamat disembelih,hanya tinggal unta ajaib ni je yang masih bernyawa.Mungkin pacik-pacik cuak nak sembelih unta jenis ni kot.

Aku tengok muke die pun rase macam nak bagi penapak je


 Cuba korang bandingkan dengan unta spesies ni pulak
Unta ni pun cam pelik jugak

 Pengajaranya:Alam ni penuh dengan keajaiban,keterbatasan fikiran kita menyebabkan kita gagal mengenal segenap perkara yang wujud di dunia ini. 


Khamis, 25 November 2010

Bukan Kering Tapi Kemarau

Aku dah lame tak update entri dalam blog aku ni...
Bukan kering ilmu.....
Bukan kering idea....
Bukan tersampuk hantu pemalas...
Bukan terkena sawan babi...
Bukan demam...
Bukan menyengal..


Aku cuma kemarau
Kemarau masa...
Kemarau semangat...
Kemarau jiwa berblogging..


Isnin, 8 November 2010