Sabtu, 23 Oktober 2010

One Two Som.Lu Menang.Lu Dapat Awek.

ZAMAN BERSELUAR SLACK BIRU-
Minah saje bukan awek


Semuanya bermula waktu aku darjah 3,disebabkan hormon androgen yang semakin bertambah didalam badan.Kitorang mule mencari minah-minah yang tercun kat sekolah untuk dijadikan teman cinta se-monyet.Jadi kitorang pun berkeliaran la disekitar kawasan sekolah umpama si siput yang terkena viagra.

Waktu subjek Matematik bermula,kebetulan cikgu MC sebab ade janji temu dengan doktor.Jadi,tanpa membuang mase kitorang pun berkumpul di sudut belakang kelas.Pelajar perempuan kelas aku panggil kitorang "The Backyard Gangs" hasil daripada beberapa perjumpaan yang kitorang selalu adakan di situ.

Aku dan yan duduk di meja bahagian belakang yang agak jauh dari membe-membe lain.

"Yan,camne?Bagi tahu la sape yang kau minat.Nanti aku bagi tahu kat kau plak."kata aku

"Takde la.Kau kena bagi tahu dulu.Mane aci aku dulu."kata yan

Setelah hampir 15 minit asyik tolak-menolak untuk bagi tahu dulu.Yan cadangkan satu kaedah yang adil.Kaedahnya ialah kita orang tulis nama minah tersebut di atas meja dan tutup dengan tangan kemudian dalam kiraan 3 kitorang kena buka tangan sama-sama.

Tapi entah kenapa,aku terlalu cuak untuk tulis atas meja tapi sebaliknya yan.Jadi,bila buka tangan dia atas meja aku langsung tiada nama manakala atas meja yan nama minah yang memang aku minat sangat-sangat.Kira ratu la dekat sekolah aku ni dulu.
Osom!!!

Disebabkan aku tak tulis atas meja,jadi aku dikira kalah.Tapi aku tetap tak puas hati.Jadi,aku api-api kan yan untuk lawan "One Two Som".Syaratnya,siapa yang menang sebanyak 3 kali dikira menang dan dapat minah tersebut tapi bagi yang kalah hendaklah melupakan niatnya serta jangan mengganggu hubungan orang.




Kesannya,aku kalah 3 tanpa balas.Jadi,aku terpaksa melupakan minah tersebut.Sampai sekarang aku trauma untuk main One Two Som implikasi daripada peristiwa ini.Sungguh berbahaya penggunaan One Two Som dikalangan budak-budak!!


****
Maklumat Tambahan:
  • Permainan One Two Som dikalangan kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah perlu dibendung untuk mengelakkan salah laku.
  • Jangan buang masa dengan permainan monyet-monyet kat sekolah.
  • Jangan main kejar-kejar belakang kelas nanti kena sebat kat tapak kaki.Sakit wooo~

Khamis, 21 Oktober 2010

Japanese B Encephalitis(JE) ,Chong Dalam Bahaya.

ZAMAN BERSELUAR SLACK BIRU-


Waktu aku darjah 2 dulu,aku ada seorang membe cina,Chong.Badan dia 1/4 daripada badan gajah asia,beg yang dia angkut hari-hari mencapai berat seekor kanggaroo betina yang sedang bunting dan yang paling penting dia tidak akan lupa untuk bawa tong air yang hampir sama besarnya dengan badan dia.Aku serius.Langsung tiada hiperbola disini.

Kalau tak silap aku tahun tu,tengah hangat pasal penyakit JE ni.Kebetulan,aku serta beberapa konco-konco aku ada masalah dengan Chong disebabkan kemenangan dia dalam kuiz matematik peringkat bilik darjah.Kepantasan serta semangat dia untuk menang dalam kuiz tu membuatkan kiteorang menyampah+sakit hati (kalah teruk) dengan keputusan 10 daripada 10 soalan dijawab olehnya dengan cemerlang,gemilang tetapi tidak terbilang.


Tepat jam 10.00pagi iaitu waktu rehat,aku dan koncoku terus bergerak ke meja Chong.

"Heeee~Chong ada JE.Tengok tangan Chong ada bintik-bintik!Chong JE!Chong Je!"kata aku(sengal)

Kejayaan terbesar kita orang ialah apabila ejetan ini disambut hampir 2/3 daripada semua pelajar dalam bilik darjah itu.Hanya,awek Chong,Sabrina sahaja yang berdiam diri sambil memandang aku dengan 1001 perasaan(termasuk sayang).

Pastinya,bukan Chong!

Akhir,kesan daripada tekanan perasaan yang keterlaluan.Chong terberak didalam seluar+dalam kelas menguatkan lagi kaitan Chong dengan penyakit JE.Kesian,Chong.Dia menangis dalam tandas 112(aku ingat lagi) sambil cakap bahasa mandarin sorang-sorang!Akhirnya,Chong terskip satu kelas kerana terlalu lama mencuci seluarnya yang kehijauaan.

Chong!Aku,Sepat,Longan,Dudek,Yan mintak maaf sangat-sangat.

****

Maklumat Tambahan:
  • Penyakit JE adalah hasil daripada nyamuk yang mengigit babi.
  • Orang yang kena JE,selalunya berbadan besar,So,Chong berbadan??
  • JE adalah penyakit pandemik yang berbahaya.

Transformasi Seluar Selipar Jepon

Kadang-kadang aku selalu teringat waktu zaman hingus hijau dulu.Zaman aku bersekolah rendah,penuh dengan kesakaian serta kesengalan.Terkencing dalam seluar adalah satu stail.Menangis lepas bergaduh adalah satu kemenangan manakala tersenyum lepas bergaduh pula adalah satu kebajetan yang menutup kecuakan di hati.

Lepas ini,untuk entri blog ini aku akan ceritakan zaman berseluar slack biru(sekolah rendah)-zaman berseluar slack putih+hijau+biru licin(sekolah menengah)-zaman berseluar jeans(tak pergi sekolah,menganggur).

Rabu, 20 Oktober 2010

Rooftop Rant Edisi Bukan Hlovate

Hari Rooftop Rant Edisi BUKAN Hlovate.Nantikan kemunculannya!!
Meminjam tajuk entri daripada novel Hlovate disebabkan kemantapan bahasa novelnya yang dapat mencairkan mana-mana hati lelaki yang sememangnya lelaki.zzzzZZ.
Jangan lupe untuk mendapatkan buku ini.Tiada di kedai,pasar malam,pasar borong dan pasar pagi.Hanya ada pada selipar jepon.

Ahad, 17 Oktober 2010

Gejala Penghuni Rumah Setinggan

Dalam kesibukan kota raya Iskandariah,terdapat sebuah rumah yang begitu indah di luar bak kondo,tapi bahana didalam bak setinggan.Tepat pukul 4.30 pagi jelas kedengaran azan menandakan waktu solat subuh telah pun masuk.Tetapi penghuni-penghuni rumah tersebut seakan lena dibuai mimpi-mimpi indah,seruan untuk solat tersebut seakan tidak mendapat sahutan mereka.Malahan,seruan azan tersebut seperti menjadi "lullaby" kepada meraka.

Waktu terus berlalu,dari detik kepada minit,minit kepada jam.Dari pukul 4.30 pagi hingga ke 5.30 pagi.Tiba-tiba,suasana aman dan tenteram dirumah mereka terganggu oleh gegeran serta bunyian nyaring yang mengilukan.Bagi semut-semut yang menginap dirumah tersebut,bunyian serta gegaran itu adalah petanda bala' atau bencana yang didatangkan tuhan atas kelalaian mereka.Tetapi bagi penghuni rumah tersebut,itulah satu-satunya pengejut tidur yang paling efektif,bunyi kereta api.Salah seorang daripada penghuni rumah tersebut bangun,lalu terus menuju ke arah ruang tamu dimana terletaknye jam terbesar dirumah tersebut.

"Urgh,subuh syuruk lagi...",kate penghuni tersebut.
Sambil melangkah longlai bak si gladiator yang kalah bertarung dengan ahli sihir istana.

Didalam tandas,kedengaran penghuni tersebut mengeluh.
"Subuhku,tidurku,syurukku.Sungguh la menyedihkan."

Wahai penghuni rumah setinggan sekalian,berubah la kearahan yang lebih baik.
Pic original bersame kucing parsi tersayang yang di'chibi'kan.

****

Maklumat tambahan:
  • Berlatihlah bangun awal sejak kecil lagi."Melentur buluh,biarlah dari rebungnye"
  • Penghuni rumah setinggan tersebut sekarang ni sedang belajar untuk bangun awal.Credit to them!
  • Carilah rumah sewa bersebelahan dengan stesen kereta api.Banyak manfaatnye.

Selasa, 12 Oktober 2010

Gangster 3 Name,buat Aku Dalam Kecuakan.

Aku minta maaf lame tak usha blog ni.Bukan tak nak,bukan mengade,bukan bajet,bukan sengal, cuma takde mase je.ok.
Aku nak cerite sikit pasal sorang gangster yang aku jumpe kat planet kedue yang manusia bleh tinggal selain bumi ni.Dia pegang title Bos Besar(BB) kat area aku tinggal ni.Kadang-kadang aku rase macam tak selamat je duduk sini.Jalan pegi town jek,rase tak tenteram,tak selamat dan terancam.Tapi nak buat macam mane,aku kena hadapi ketakutan kalau tidak aku akan jadi pengecut selamenye.





Minta izin kepada gangster amik gambar.


Wahai gangster yang mempunyai 3 name.Insaflah dari perbuatan keji ini.
3 nama gangster :
  1. Dalam kasut-claRks
  2. Belakang kasut-Prada
  3. Sisi kasut-Denis



****

Maklumat tambahan:
  • Awas pergerakan keluar-masuk gangster-gangster ini terutamanya di kawasan sempadan.
  • Mintak bantuan mereka yang berasa bertanggungjawab untuk membendung gejale tidak bermoral ini.
  • Pasti untuk menjadi gangster,gunekan hanye SATU name sahaje untuk mengelakkan taraf kepopularitian yang melampaui batasan akal seorang makhluk.
  • Jangan percaya dengan kata-kata gangster.